Header Ads

Wanita Jangan Ambil Mudah Tentang Penjagaan Rahim Anda.Doktor Beritahu 11 Punca Rahim Jatuh. Jangan Ambil Mudah Punca Nombor 5!..

Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim.

Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Subang Jaya Medical Centre, rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopaus. Semakin meningkat usia, maka semakin meningkat risiko rahim jatuh.
EMPAT TAHAP RAHIM JATUH
Pertama: Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1cm dari dalam ke pangkal rahim.
Kedua: Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1cm daripada pangkal rahim.
Ketiga: Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina.
Keempat: Rahim terkeluar daripada vagina dan tidak boleh masuk semula.


PUNCA RAHIM JATUH
Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya seperti berikut;
  1. Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum.
  2. Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau kelahiran kembar.
  3. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10cm.
  4. Wanita yang mempunyai ramai anak.
  5. Kerap mengangkat objek yang berat walau pun dalam postur badan yang betul.
  6. Ibu yang mengalami obesiti.
  7. Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan ke arah pelvis.
  8. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.
  9. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
  10. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk yang berpanjangan.
  11. Sembelit yang berpanjangan.
Antara langkah pencegahan:
• Elak berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera.
• Melakukan senaman pelvik amat penting walaupun pada zaman bujang. Ia menguatkan otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
• Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelak sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elak daripada meneran di bilik air lebih 15 minit. Sama ada anda puas membuang air atau sebaliknya, sila keluar dari bilik air.

• Memakai sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
• Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
• Elak daripada kerap hamil atau mengandung pada jarak yang rapat antara satu-satu kelahiran. Cubalah kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Rawatan

Bertangas

Dr Asiah berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
“Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim daripada jatuh.
“Ia boleh digunakan oleh wanita dari pelbagai peringkat usia reproduktif atau wanita menopaus yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,” jelasnya.
Menurutnya, ia mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu hamil dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan.
“Namun ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

“Secara amnya, setiap rawatan individu bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya kepada kehidupan wanita itu,” katanya.
Tambahnya, rawatan pembedahan menjadi pilihan terakhir bagi menangani JOP.
“Penghidapnya juga boleh berjumpa bidan terlatih yang mempunyai kemahiran dalam membantu merawat keadaan ini.
“Kebiasaannya, teknik urutan yang betul sedikit sebanyak mampu membantu dan menangani keadaan ini, namun penerangan daripada doktor diperlukan terlebih dulu,” ujarnya.
Kaedah urutan
Sementara itu, bidan bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perbidanan Melayu, Nur Qamarul Ahmad Rashidi berkata, gaya hidup dan corak pemakanan memainkan peranan dalam proses menjaga rahim.
“Melakukan kerja berat antaranya mengangkat barang berat atau mendukung anak juga boleh menjadi punca masalah ini.
“Penjagaan rahim amat penting kerana sekiranya rahim seseorang itu tidak sihat, ia mempengaruhi keadaan dan emosi dirinya,” katanya.
Menurut Nur Qamarul, antara kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan urutan dan bertangas.
“Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk melakukan rawatan tradisional bagi memastikan rahim dalam keadaan baik.
“Saya banyak bertemu wanita yang mengalami masalah ini, bukan saja wanita yang sudah berkahwin, malah yang masih anak dara.

“Sekiranya keadaan masih di peringkat awal, teknik urutan yang betul mampu mengawalnya, namun jika ia sudah terlalu teruk, perbincangan bersama doktor perlu dilakukan.
“Jalan terakhir adalah pembedahan untuk membuang rahim namun sebelum berdepan dengan pilihan itu, setiap wanita disarankan untuk menjaga rahimnya sebaik mungkin.
“Rahim pada hakikatnya lebih penting daripada penjagaan wajah kerana ia memberi kesan pada seluruh tubuh seseorang,” katanya.



Sumber : Pa & Ma , Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.