Header Ads

Wanita Ini Kongsikan Resepi ‘Chewy Cheese Spinach’ Yang Akan Buat Anak Anda Sukakan Sayur..Sedap. Jom Cuba..

Image may contain: people eating and food

Resepi Untuk Anak Yang Susah Makan Sayur Resepi untuk anak ini memang pilihan yang lebih sihat kerana mengandungi sayuran. Berbanding makanan frozen segera seperti nugget ayam yang dibeli di kedai, kita boleh kurangkan kuantiti garam. Dan ia semestinya tanpa MSG mahupun pengawet! Mudah sangat, mari kita cuba sekarang!


Resepi ini oleh Puan Asha Zainudin, yang berkongsikan cara membuat ‘chewy cheese spinach’. Ia bukan saja sedap, tetapi berkhasiat. Sesuai untuk anak-anak mahupun seisi keluarga. Jom tengok resipi penuhnya di bawah ini. 

Cara Buat ‘Chewy Cheese Spinach’. Makanan Sihat Untuk Anak-anak! Berikut adalah resepi untuk anak yang sihat dan berkhasiat, ‘chewy cheese spinach’

Image may contain: food


  • 250g Mozarella parut (kalau yang ketul, parutkannya supaya senang cair) 
  • 250g Cream cheese (apa-apa jenama pun boleh) 
  • 1 cawan daun bayam racik (daun sahaja) 
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 ulas bawang putih cincang 
  • 1 sudu kecil lada hitam tumbuk halus 
  • 1 sudu kecil garam halus 

Nota: 

* Boleh ditambah dengan isi ayam cincang.
* Jika tak ada bayam, boleh digantikan dengan daun sawi. 
* Nak guna carrot pun sedap. Parut halus dan perahkan jusnya. 
* Nak guna brokoli boleh juga. Ambil kepala brokoli dan cincang halus. 
* Nak campur-campur tiada masalah. Ikut selera dan kreativiti masing-masing ya!


Cara Membuat: 

Berikut adalah cara membuat ‘chewy cheese spinach’ langkah demi langkah. 


1. Tumis Bawang Putih Mula-mula, panaskan kuali – 

Image may contain: food and indoor

Seeloknya guna non-stick pan. Masukkan mentega dan bawang putih yang telah dicincang. Biar naik bau. Gunakan api kecil saja ya, jangan sampai tumisan menjadi garing.

2. Masukkan Keju

Image may contain: food

Masukkan kedua-dua keju Mozarella dan cream cheese. Kacau supaya ianya cair

3. Masukkan Daun Bayam Dan Perasa 

Image may contain: food

Bila keju dah cair dan bercampur, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam. Kacau rata sehingga bayam layu dan bertukar warna sedikit gelap.

Beginilah hasilnya apabila semuanya sebati menjadi adunan. 

Image may contain: food and indoor

4. Bentukkan 

Image may contain: food

Seterusnya, salinkan ke dalam bekas yang sesuai. Sebelum itu, sapukan bekas dengan sedikit minyak supaya tak melekat. Untuk memudahkan, saya leperkan di dalam dulang saja. Kalau tak pakai dulang, boleh gunakan tupperware atau apa-apa bekas lain. Oh ya, kalau nak buat bentuk bulat pun boleh, tapi mesti buat semasa adunan masih panas. Kalau dah sejuk, susah nak bentukkan.


5. Biarkan Mengeras Dalam Peti Sejuk 

Apabila adunan tadi dah sejuk pada suhu bilik, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit, iaitu sehingga ianya mengeras.

6. Potong 

Image may contain: food

Setelah keluar peti sejuk, potongkan ikut saiz yang anda suka. Nak terapkan menggunakan cookies cutter pun boleh. Lagi comel! Pastikan tak terlalu tebal atau terlalu halus, agak-agaklah ya. 

7. Salut Tepung 

Image may contain: food

Selepas dipotong, mandikan dgn 1/2 cawan tepung gandum.

8. Celupkan Telur 

Image may contain: food

Kemudian, celupkan ke dalam 2 biji telur yang dah dipukul perlahan menggunakan garfu. 
*Kalau nak buat kulit luar yang lebih tebal, boleh ulangkan langkah 7 & 8 sekali lagi. 

9. Lapiskan Dengan Bread Crumbs 

Image may contain: food

Akhir sekali, lapiskan permukaan akhir dengan 1 cawan bread crumbs. Siap! Untuk pengetahuan, bread crumbsini ada dijual siap di kedai-kedai dan pasaraya. Kalau tak jumpa, boleh juga guna corn flakes yang diramas halus.

10. Sejukkan Sebelum Digoreng 

Image may contain: food

Sebelum menggoreng, simpankan dahulu di dalam tempat beku selama 15 minit. Nak buat stok frozen pun boleh. Lepas itu, barulah panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana / kecil. Inilah hasilnya selepas digoreng, memang terliur tengok kejunya!

Image may contain: people eating and food

Kredit: Sirap Limau


No comments

Powered by Blogger.