Header Ads

"Wahai Suami, Kami Bukan Tag Sekadar Suka-Suka Di Facebook."-Luahan Isteri..

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and child

Kadang-kadang post itu adalah mengenai anak kita, atau sesuatu yang boleh membantu mengeratkan hubungan suami isteri, ataupun tip penting serta pendapat dari mereka yang sudah mengalaminya. Jadi suami-suami sekalian, kami bukan tag sekadar suka-suka sahaja di Facebook, pasti ada sebabnya!


Pada mulanya, tindak balas Brad Kearns adalah serupa seperti suami-suami lain apabila isteri tag nama suami pada post-post di Facebook: dia tidak mengendahkannya.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor


Blogger berusia 28 tahun dan bapa kepada 2 orang anak telah menulis di laman Facebook, tentang isterinya yang suka tag nama dia untuk berkongsi apa yang dia baca:


“Setiap hari dia tag saya tentang hal baru di Facebook. Setiap hari. Sehingga beberapa kali sehari. Seolah-olah dia memburu seluruh internet hanya untuk tag saya. Memes, peristiwa, cerita, dan lain-lain”


Seperti suami lain, naluri pertama Kearns adalah untuk tidak mengambil kira apa yang dikongsi isterinya:


“Dulu saya rasa apa semua benda remeh ni? Saya benar-benar tidak tahu apa kaitannya dengan saya?” 



Dan bukan Kearns seorang sahaja yang berasa begitu. Apabila dia blog sebagai DaDMuM, Kearns sering melihat postnya dikongsi oleh orang ramai dengan suami mereka, dan tindak balas mereka semuanya sama. Dia menulis:


“Wanita lain suka tag teman mereka apabila saya post sesuatu dan saya selalu melihat balasan yang sama, “tak nak baca,” atau, “terlalu panjang.”


Cara lain untuk berkomunikasi




Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, ocean, child, beach, outdoor and nature


Tetapi apabila dia mula memberi perhatian tentang cerita-cerita dan gambar yang telah dikongsi oleh isterinya, Kearns baru sedar sesuatu yang sangat penting.



Antara sebab mengapa isterinya selalu tag dia di Facebook adalah kerana ia merupakan salah satu cara bagaimana isterinya berkomunikasi dengan dia pada hari tersebut.



Kadang-kadang perkara yang dikongsikan oleh isterinya dapat mengatakan isi hati yang tidak dapat disuarakan secara depan-depan: 


“Dari semasa ke semasa, saya sedar bahawa dia akan tag saya kerana ia lucu, berwawasan atau relevan untuk hubungan kami. Kadang-kadang post itu sudah sangat sesuai dan tidak memerlukan komen lain. Saya akan cuba untuk memaklumkan isteri saya, yang saya telah membaca post itu. Sebenarnya, langkah ini tidak susah.”


Kearns bukan sahaja sedar isterinya telah menggunakan tag Facebook untuk membincangkan perkara-perkara yang penting, ia juga membuka ruang untuk mereka berkomunikasi.



Ia bukanlah sesuatu yang dianggap sia-sia, malah telah membantu Kearns memahami isterinya dengan lebih baik:


“Secara jujur, ia banyak membantu saya untuk menilai keadaan isteri saya dan untuk memahami apa yang dia rasa menarik. Kadang-kadang ia akan menjadi asas perbualan kami apabila saya pulang ke rumah. Selalunya dia akan bertanya, “Ada abang tengok post yang saya tag tadi?” Mungkin ada yang anggap ini cara yang kurang bijak, tetapi ia telah banyak membantu kami untuk berkomunikasi.”

Peringatan penting untuk semua lelaki




Kearns ingin memperingatkan semua lelaki yang perbuatan tidak mahu ambil kisah ini akan membantutkan hubungan komunikasi dengan isteri dalam kehidupan mereka:




“Perbualan antara suami isteri akan berhenti. Apa sahaja mesej yang tersirat dalam hati tidak diendahkan kerana keangkuhan dan sikap malas untuk mengambil masa beberapa saat untuk membaca sesuatu yang mungkin penting.”



Bayangkan kalau suami tidak endahkan depan muka isteri, kan biadap namanya?:




“Jika dia sudah tag nama suami di situ, mestilah dia nak suami dia baca! Kalau suami isteri sedang berjalan-jalan di taman dan tiba-tiba isteri berkata, “Eh apa tu?” Takkan suami akan buat tak tahu dan tidak layan.”



Kadang-kadang post itu adalah mengenai anak kita, atau sesuatu yang boleh membantu mengeratkan hubungan suami isteri, ataupun tip penting serta pendapat dari mereka yang sudah mengalaminya.



Jadi suami-suami sekalian, kami bukan tag sekadar suka-suka sahaja di Facebook, pasti ada sebabnya!




No comments

Powered by Blogger.