Header Ads

"Wahai Pencuri, Tergamak Kau Curi Moto Dan Tukarkan Dengan Basikal Ni. Ingat Ni Zaman Paleolitikkah Main Sistem Barter?"


Dah la ambil motosikal, ditinggal pula basikal. Itulah satu kejadian kecurian 'sistem barter' yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.


Motosikal jenis EX5 milik bilal sebuah masjid itu dikatakan hilang di tempat letak kereta rumah bilal tersebut.


Kejadian itu dikongsi oleh pengguna Faceook, Khairudin Shaary, yang dipercayai anak kepada bilal terbabit.



"Wahai pencuri, tergamak kau curi moto dan tukarkan dengan basikal ni. Ingat ni zaman paleolitikkah main sistem barter.


"Motor tu ayah aku buat pi masjid nak azan dan pi mengai haruan cari rezeki. Moto bilal masjid pun kau nak rembat bulan-bulan puasa ni," tulis Khairudin.


Bersama status itu, Khairudin juga memuat naik gambar basikal berwarna biru yang terlibat.



Dalam masa yang sama, Khairudin turut mendedahkan nombor pendaftaran motosikal yang hilang itu iaitu PEE 2763.


Posting itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.



Ada diantara mereka yang berang malah ada juga menganggap insiden itu sebagai sesuatu yang melucukan.


Shabana Zahrawani berkata:"Dah cam cite P.Ramlee plak... penyamun tukar vespa ngan gerek cabok dia... hihi. Semoga Allah permudahkan urusan saudara jumpa balik harta tu. Dah la bulan puasa... ish...ish.


Suhaimi Said pula berkata:"Sabar atas dugaan... Insya-Allah... moga diberi petunjuk dan hidayah pada si pencuri tu."


Kredit: Siakap Keli

No comments

Powered by Blogger.