Header Ads

(VIDEO) TERGAMAK! Ibu Bunuh Bayi Yang Baru Dilahirkan Kerana Takut Dijangkiti HIV Dan Menyusahkan Hidupnya Kelak..

Gambar sekadar ilustrasi

JAKARTA – Seorang wanita tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh sebuah mahkamah Indonesia selepas membunuh bayinya sebaik sahaja dilahirkan.

Wanita yang hanya dikenali dengan panggilan LM itu melahirkan bayinya pada Oktober tahun lepas dalam sebuah tandas awam berhampiran rumahnya di Tanjong Priok, Utara Jakarta, lapor Jakarta Post.


Sebaik melahirkan bayi malang itu, wanita berkenaan terus menjerut lehernya sebelum mencampakkan ke dalam sungai.

“Alasan mengapa tertuduh melakukan perkara itu adalah kerana bimbang bayi itu akan dijangkiti HIV dan menyusahkan hidupnya kelak,” kata peguam Albert Wirya dari Komuniti Institut Bantuan Guaman.

Mahkamah mendapati LM telah melanggar undang-undang Artikel 341, Kanun Jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Pendakwa raya memohon hukuman lima tahun.


“Kita mendapati artikel jenayah yang digunakan untuk mendakwa LM adalah benar, namun masih tidak ssuai untuk situasinya.

“Proses perundangan itu memang adil dari segi siasatan, namun saya kesal, polis tidak menangkap pihak bersalah yang lain seperti suaminya yang melakukan kekerasan rumah tangga,” kata Albert.


Albert mendakwa, LM dijangkiti HIV daripada suaminya.

VIDEO:


Kredit: My News Hub

No comments

Powered by Blogger.