Header Ads

(VIDEO) Enam Disahkan Terbunuh Dalam Kebakaran Di Grenfell Tower, London.Tiada Rakyat Malaysia Terlibat.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu di Grenfell Tower, North Kensington, London lapor Astro Awani.
Polis mengesahkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam kebakaran besar yang melanda Grenfell Tower di London awal hari ini dan angka kematian dijangka meningkat.




Api marak menyelubungi blok pangsapuri 24 tingkat di tengah London itu dengan lebih 50 dilaporkan cedera dan beberapa penduduk terperangkap dalam kebakaran.


“Ini hanya laporan awal dan angka (korban) dijangka akan meningkat.”
Namun Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysian yang hadir atau menetap berdekatan kawasan terlibat dan memerlukan bantuan konsular agar menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London di alamat berikut:
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London

No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR
Tel: +44 207 235 80333
E-mail: mwlondon.kln@1govuc.gov.my
“Kementerian Luar menyampaikan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terbabit dalam insiden tersebut,” katanya.
Menurut laporan berita, blok apartmen setinggi 27 tingkat itu musnah berikutan api besar yang dipercayai berlaku sebelum 1 pagi waktu tempatan. Lebih daripada 250 anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus menyelamat para penghuni dengan 100 anggota polis dan 100 petugas perubatan turut berada di tempat kejadian.

Pihak polis mengesahkan terdapat sejumlah angka kematian sementara Perkhidmatan Ambulans London berkata 50 orang telah dibawa ke lima buah hospital setakat pukul 8 pagi.




-Pen Merah Press.

No comments

Powered by Blogger.