Header Ads

(VIDEO) 12 Premis Perniagaan Termasuk 7 Kediaman di Tanjung Dekat Taman Shah Bandar Hangus Dijilat Api Semalam..





KUALA TERENGGANU – Beberapa permis perniagaan hangus dijilat api yang sedang marak dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung berhadapan pasaraya Hock Kee Seng malam tadi.




Kejadian yang mula berlaku kira-kira 9.00 malam itu disedari oleh orang ramai yang sedang membeli belah dikawasan berhampiran.








Dua belas premis termasuk tujuh kediaman di Jalan Petani dekat Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu musnah dalam kebakaran 9.30 malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian 9.40 malam sebelum 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu dan Marang dikejarkan ke lokasi kejadian.





Katanya, empat jentera bersama sebuah ambulans digerakkan ke lokasi kejadian.


"Ketika ini, usaha memadamkan kebakaran masih giat dijalankan," katanya.


Sementara itu, polis turut menutup jalan bagi mengelak kesesakan dan orang ramai turut memenuhi lokasi kejadian. 

Punca kejadian masih belum diketahui. Berita lanjut menyusul.



VIDEO:


Kredit: Terengganu Times

No comments

Powered by Blogger.