Header Ads

Tol Percuma Pada 25 Jun Nanti Untuk Pengguna Lebuh Raya Mex..



KUALA LUMPUR – Jika syarikat konsesi lebuh raya lain memberi diskaun tol bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Lebuhraya Maju Expressway Sdn. Bhd. (Mex Highway) jauh lebih hebat apabila mengumumkan laluan tol percuma sempena sambutan perayaan tersebut.




Mex Highway dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memberi laluan tol percuma kepada para pengguna lebuh raya Mex bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pada 25 Jun ini.


“Tol percuma ini akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuh raya bermula pukul 12 pagi sehingga 11.59 malam,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Mex Highway, dianggarkan lebih 86,000 kenderaan bakal menikmati laluan tol percuma pada hari tersebut.


“Ini adalah salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat pihak kami kepada pengguna lebuh raya,” kata kenyataan itu.

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.