Header Ads

'Pemabuk Gila' Lelaki Yang Melanggar Sehingga Cedera Dan Mati Jemaah Terawih Menjerit 'Saya Akan Bunuh Orang Islam! Saya Jalankan Tugas Saya!..


LELAKI yang merempuh penduduk Islam dengan van ketika mereka keluar dari masjid di Finsbury Park, London, digambarkan sebagai ‘gila’ yang dihalau keluar dari pub kerana mengecam umat Islam serta mengancam ‘mahu melakukan sesuatu’.


Menurut Daily Mail, Darren Osborne, 47, yang mempunyai empat anak menyewa van dengan harga £80 sehari di South Wales sebelum melakukan rempuhan itu.

Dia memandu van itu menaiki laluan pejalan kaki sebelum merempuh sekumpulan jemaah Islam yang sedang keluar dari masjid selepas Tarawih.

Polis menunda van yang digunakan dalam serangan di Finsbury Park. - Foto Daily Mail
Dalam kejadian itu, Makram Ali, 52, meninggal dunia di depan anak perempuannya berusia 26 tahun. Seorang remaja lelaki 17 tahun koma akibat rempuhan van itu.

Polis mengesahkan 11 orang cedera, seorang kritikal dan seorang meninggal dunia akibat kejadian itu.


Menurut saksi, Osborne menjerit ‘saya akan bunuh orang Islam, saya jalankan tugas saya’ ketika dia diberkas orang ramai.

Semalam, ibunya, Christine Osborne, mengutuk perbuatan anaknya itu manakala adik perempuannya memohon maaf dengan perbuatan lelaki berkenaan.

Orang ramai membanjiri lokasi kejadian, termasuk penduduk tempatan yang menghulurkan simpati. - Foto Daily Mail
Pengunjung sebuah pub di Hollybush, Pentwyn, Cardiff, berkata Osborne amat mabuk pada malam kejadian.

“Dia bagaikan hilang akal, menyumpah orang Islam dan berkata akan melakukan ‘kerosakan’.


Osborne, mekanik yang menganggur dikatakan mahu membalas dendam terhadap kejadian rempuhan van dan tikaman oleh tiga lelaki Islam di Jambatan London.

Dia yang tinggal dalam khemah selama dua minggu selepas berpisah dengan isterinya, Sarah Andrews, 42, enam bulan lalu, dikatakan tertekan dengan kehidupannya.-Metro Harian.

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.