Header Ads

'Patutlah Anak Saya Tak Bagi Saya Sentuh Telinganya,Rupa-Rupanya Ada Tempiras Di Telinganya, Siap Bertelur Lagi, Hati-Hati Semua, Kalau Anak Rasa Sakit-Sakit Ke, Sila Check Anak-Anak.."

2

Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memeriksa kebersihan telinga anak-anak bagi mengelakkan serangga atau perasit yang tidak sepatutnya 'bersarang' di telinga si kecil. Seperti yang berlaku pada anak perempuan Sarah Rosli ini. Jika lambat disedari dan dirawat, besar kemungkinan parasit itu akan bersarang pula di dalam telinganya. 

ALLAH, kasihannya anak saya. Sumpah, mesti korang takut dan meremang bulu rumah bila baca perkongsian saya ini. Tambah-tambah lagi bila melibatkan anak sendiri. 

Semalam baru pertama kali kami tahu dengan binatang bernama 'tempiras'. Sebelum ini tak pernah dengan dan tak pernah tengok pun macam mana rupa bentuknya sehinggalah hari ini saya menyaksikan sendiri binatang itu masuk ke telinga Erika. 


4-5 hari yang lalu saya perasan juga Erika tak bagi saya lap telinga dia selepas mandi. Selepas lap kepala, dia cepat-cepat lari. Ingatkan sebab dia nak tengok kartun Upin Ipin di televisyen. Jadi saya tak ambil peduli sangatlah. 

Erika berkelakuan seperti itu selama beberapa hari. Selepas mandi saja, dia mesti tak bagi lap dan bila nak pakai atau buka baju, dia seperti mahu mengelak dari terkuis telinganya. Bila dah kerap kali begitu, saya rasa tak sedap hati, lalu bertanya pada dia kenapa. Erika beritahu bahawa telinganya sakit. Bila saya nak tengok keadaan telinganya, dia tak bagi dan terus lari. 

Yang si ibu ini pun, biarkan saja bila anak tak bagi tengok sampai menangis-nangis, terus tak jadi nak belek. Bila tanya kenapa sakit, dia kata digigit semut. Budak tiga tahun, sakit sikit semua salahkan semua. 

Sehingga petang semalam semasa saya sedang memandu, Erika duduk di sebelah dan kata, "Mamy, telinga Erika sakit.". Berhenti di persimpangan lampu isyarat, saya terus nak tengok telinganya namun Erika masih tetap tak nak beri kerjasama. Kelihatan ada benda kecil berwarna hitam di kawasan telinganya. Sambil memandu, saya cuba menguis benda hitam itu di telinga Erika sebab ingat benda itu habuk. 


Selepas berbuka puasa, Erika terlena dan pada masa itulah saya ambil kesempatan untuk memeriksa telinga Erika. Kalau dia tengah sedar, jangan harap dia nak bagi sentuh telinga dia. Bila tengok, tak nampak apa pun sehinggalah saya belek celah cuping telinganya. Nampak ada benda berwarna hijau dan kebiruan sedikit. Ingatkan nanah, lalu saya panggil ayahnya datang. 

"Ini bukan nanah, ini tempiras. Binatang ini kalau gigit memang sakit sebab dia hisap darah," katanya. 

Ya Allah, kasihanya Erika. Patutlah dia tak bagi saya sentuh telinga dia. Ada bintang yang gigit rupanya. Kemudian ayahnya cepat-cepat ambil kepit kuku dan tarik binatang itu keluar. Tetapi sebelum itu Erika dah mula menangis. 

"Selalunya binatang ini kecil saja, tetapi kali ini besar. Mungkin sebab dah lama berada di telinga Erika," kata suami. 

1

Selepas mandi saja, dia mesti tak bagi lap dan bila nak pakai atau buka baju, dia seperti mahu mengelak dari terkuis telinganyaRupa tempiras lepas dah banyak hari.

34

Selepas berjaya membuang tempiras itu, lega rasa hati dan terus rasa nak Google maklumat mengenai tempiras. Bila Google, terus muncul gambar, "Tempiras bertelur dalam telinga manusia". Meremang bulu roma tengok telur-telur itu sama seperti bintik-bintik hitam yang ada di celah-celah telinga Erika. Mati-mati saya ingatkan bintik-bintik hitam itu darah kering kesan gigitan tempiras, rupanya bukan. Itu telurnya. Tempiras akan bertelur bila dah kenyang.

Ingatkan nak cuci, tapi tak jadi sebab Erika dah mula meraung kesakitan bila kami nak kuis telinga dia lagi. 

Ya Allah, geli sungguh. Lepas tahu itu telurnya, cepat-cepat panggil suami cuci lagi telinga Erika bagi clear sebab takut tempiras masuk ke dalam lubang telinga. Bayangkanlah Erika punya meronta-ronta masa itu, tak bagi kami sentuh telinga dia. Nasib baik saya sado juga, peluk dia dengan kuat sambil suami bersihkan habis telinganya, barulah dilepaskan. 


Saya tak dapat bayangkan kalau telur-telur itu tidak dibuang dari telinga Erika. Allahuakbar. Tak tahu mana datang binatang ini. Nak kata duduk dalam hutan, rumah taman. Hutan nak mai celah mana? Tetapi bila diselidik, rupanya binatang ini suka duduk dengan kucing. Erika pula jenis suka pegang kucing, walhal kami tak bela kucing pun. 

Erika pun tahu saya akan marah bila dia pegang kucing. Tetapi biasalah budak-budak, bila mak dia tak nampak, masa itulah dia ambil kesempatan. Tapi nak buat macam mana? Benda dah nak jadi. Harap-harap benda itu tak kena pada budak-budak lain. Tak sangka tempiras ini bahaya rupanya. Sampai hari ini, geli gelemannya tak habis lagi. Jenuh garu kepala.

Oleh : Puan Sarah Rosli.

No comments

Powered by Blogger.