Header Ads

Nah 4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Selamat Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi Tanpa Kimia..


Wajah memainkan peranan penting untuk menambah keyakinan diri, jika wajah anda tumbuh jerawat yang banyak dan meninggalkan kesan parut yang teruk, pasti ia akan membuatkan anda kurang berkeyakinan diri.

Hendak berhadapan dengan orang luar pun rasa malu, bukan tidak usaha untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi masih belum ada produk yang mampu menghilangkan masalah ini 100%.


Jika tersalah beli produk, terguna pula produk yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi, nanti kulit yang bermasalah bertambah rosak dan malah akan meninggalkan kesan parut yang teruk. Produk pula bukan murah harganya, ada sehinggakan beratus ringgi satu set rawatan, bukan sahaja membazir, hasil pun tidak memuaskan hati.

Apa kata kita cari jalan penyelesaian dengan rawat sendiri kulit kita yang rosak itu dengan menggunakan barangan yang ada di seperti dapur sahaj! Jangan terkejut ya, banyak kebaikan barangan dapur ini antaranya ialah asam jawa, kulit kayu manis, dan tumbuhan juga boleh contohnya seperti daun lidah buaya.


Mungkin anda pernah mendengar bahan-bahan ini kan? Tetapi tidak menyangka yang ia dapat membantu mengatasi masalah kulit anda. Jadi sekarang jangan habiskan duit untuk beli produk mahal-mahal lagi, lakukan sendiri bukan saja lebih jimat, malah jauh lebih berkesan!

Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa dan campurkan air. Kemudian sapukan asam jawa dan biarkan sehingga kering.

Biji Asam Jawa Digoreng


Goreng biji asam jawa tanpa menggunakan minyak. Kemudian hancurkan biji tersebut dengan cara goreskan ditempat yang kasar. Lepas tu campurkan sedikit air dan letakkan di parut anda.


Kulit Kayu Manis


Tumbuk kulit kayu manis sehingga halus, campurkan sedikit air dan sapukan di parut anda.

Daun Lidah Buaya


Ambil gel buaya kemudian sapukan di parut anda.

Selamat mencuba ya! Mana tahu sempat pulihkan kulit sebelum raya kan.


Sumber : Sinarfm

No comments

Powered by Blogger.