Header Ads

Pengantin Baru Ini Teruja Pertama Kali Sambut Syawal, Mat Dan Plan Ronda Satu Kampung Raya Nanti..


Tahun ini pasti sambutan Aidilfitri begitu bermakna dan terindah buat mualaf, Muhammad Kareef Daniel Abdulah atau dikenali Mat Dan.

Menurut Mat Dan tahun ini pertama kali dia akan beraya bersama isteri dan keluarga mentua. Jika sebelum ini dia raya berseorangan bersama keluarga angkat.


Dia yang selamat berkahwin dengan gadis pilihannya awal tahun lalu, Nafida Adnan teruja membuat persiapan raya dengan menempah empat pasang baju Melayu. Begitu juga dengan isteri tercinta yang turut membeli dan menempah 4 pasang baju raya.

Sebagai pengantin baru, Mat Dan dan isteri juga telah merangka untuk menziarah selama empat hari untuk menziarahi keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.


"Mungkin raya pertama nanti akan melawat rumah keluarga, saudara mara, raya kedua di rumah mak mentua dan raya ketiga ronda rumah rakan-rakan serta kawan-kawan belah isteri,” katanya.


Jadi empat pasangan baju yang ditempah itu akan digunakan untuk di pakai pada hari raya pertama hingga keempat.

Setelah menetap lama di sini, Mat Dan berkata, dia telah memahami makanan tradisional masyarakat Terengganu dan hampir semua menu tradisional telah dicubanya

“Nasi dagang memang antara menu wajib yang dicuba, selain itu, saya suka lemang, rendang, sate dan ketupat.

“Mengenai masakan isteri pula, bagi saya dia serba boleh dan semua yang dimasak oleh isteri sedap dan menyelerakan kerana dimasak dengan kasih sayang,”.


Dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai projek terkini yang dilakukannya, katanya, dia telah melancarkan jenama Pomade beliau sendiri, selain itu akan memulakan rakaman bagi program pengembaraan bersama Astro bermula Julai depan.

Kredit: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.