Header Ads

Mat Redho Menerima Jemputan Dari American Ninja Warrior, Jadi Satu-Satunya Wakil Tunggal Dari Malaysia Yang Akan Bertanding..


Mungkin ramai yang sudah mengenali dengan pemuda ini, iaitu Mohd Redha Rozlan, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Redho, yang tular pada tahun lalu.


Yang mana pada bulan Ogos 2016 yang lalu, video yang memaparkan Mat Redho di dalam sebuah rancangan popular di Jepun iaitu Ninja Warrior, telah membuatkan rakyat Malaysia teruja, akan kemunculannya di dalam Sasuke Viet Nam (Ninja Warrior versi Vietnam) di Vietnam.



Mat Redho telah berjaya pada pusingan pertama dengan catatan masa di bawah 46 saat, dan kemudiannya ke pusingan kedua, yang turut berjaya menghabiskan aksi dengan masa 34 saat sahaja.

Kejayaan yang ditunjukkan oleh Mat Redho telah membanggakan rakyat Malaysia, kerana dia satu-satunya pesaing dari Malaysia pada ketika itu.


Mungkin sudah lama kita tidak mendengar akan berita mengenai Mat Redho, tapi dalam status terbaru yang dimuat naik olehnya di Instagram, ia sedikit sebanyak telah memberi petanda baru akan kemunculan Mat Redho dalam Ninja Warrior.





Berita yang dimuat naik olehnya adalah mengenai jemputan yang diterima untuk menjadi salah seorang peserta dalam rancangan American Ninja Warrior. Apa yang membanggakan juga adalah, Mat Redho satu-satunya wakil dari Malaysia untuk pertandingan itu. 

“Sangat sibuk seminggu dua ini, kerana dapat jemputan dari ANW agak lewat, paling sukar untuk membuat US Travel Visa”, tulisnya di Instagram.


Mat Redho akan berlepas ke US pada 16 Jun ini, yang mana akan transit seketika di UK, dan terus ke Las Vegas, Nevada.





Tambahnya lagi, Mat Redho mengharapkan doa dari rakyat Malaysia, agar diberi kekuatan untuk bertarung di sana kelak.



“Doakan perjalanan saya ke sana, semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi kekuatan untuk bertarung dikala puasa”, katanya.



Bukan itu sahaja, Mat Redho turut berkata, “Ini bukan kali pertama aku bertarung demi Negaraku pada bulan puasa, dan apatah lagi ketika raya, harap-harap semua berjalan lancar”.



Pastinya kemunculan Mat Redho sebagai salah seorang peserta yang akan bersaing dalam American Ninja Warrior akan dinanti-nantikan oleh kita semua.





No comments

Powered by Blogger.