Header Ads

Lailatul Qadar: Memaksimumkan 10 Malam Ramadhan Terakhir..

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar, malam yang istimewa dianugerahkan Allah..

Apakah kelebihan malam lailatul qadar?
Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai, “lebih baik daripada seribu bulan” 
Apa-apa pun ibadah yang dilakukan pada malam ini seperti membaca al-Quran, berzikir kepada Allah, dan lain-lain ibadah adalah lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak mengandungi malam Qadar.

Rasulullah saw sendiri memaksa dirinya beribadah dengan penuh ketaatan dan bersungguh-sungguh dalam sepuluh malam terakhir, berbanding pada masa-masa yang lain.  
Saidina Aishah (RA) berkata bahawa Nabi bersabda: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).
Baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang pada malam Qadar (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan harapan untuk mendapat ganjarannya, maka semua dosa-dosa sebelum ini akan diampunkan.” (Bukhari dan Muslimdari Abu Hurairah).

1. Meluangkan masa beribadah kepada Allah.

Kita pasti akan berehat seketika untuk hampir segala-gala aktiviti didalam kehidupan kita.
Tetapi mengapa kali ini kita tidak meluangkan masa dengan memberi tumpuan kepada ibadat dan bersyukur mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita untuk mendapat keredhaaanNya
Walaupun sekurang-kurangnya kita hanya dapat mengambil sedikit masa yang boleh.
Apabila kita berjaga malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, maka kita tidak perlu risau tentang keadaan  kerja pada keesokan harinya.
Insyallah, ia akan baik-baik sahaja dan tidak akan menjejaskan kita pun.

2. Melakukan Iktikaf.

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk Iktikaf.
Orang-orang yang beriktikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Quran. 
3. Amalkan Doa khas ini.
Saidina Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw:
‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’
Baginda berkata: “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ” (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4. Merenung makna al-Quran.

Pilih surah yang anda pernah dengar dalam Solat Tarawih atau semasa membaca terjemahan dan Tafsir.
Kemudian berfikirlah secara mendalam tentang makna surah tersebut dan bagaimana ia akan memberi kebaikan kepada anda.

5.  Berdoa supaya dosa dihapuskan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata:
Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah,  semua dosanya pada masa lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim).
Cuba untuk berdoa dengan lebih panjang, lebih dihayati makna-maknanya.
Jika anda sudah biasa dengan surah yang  panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.
Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan mudah terganggu dalam solat.

6. Buat satu senarai Doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah.
Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak.
Allah sangat suka mendengar doa dan permintaan daripada hambaNya.

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.
Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).
Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu.
Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri ( tidak semestinya bahasa arab ), dengan ikhlas dan keyakinan.
 8. Berbuka dengan keluarga
Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita.
Penutup
Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan.
Tentukan bagaimana  malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.
Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir..
Semoga kita dapat  meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini.. :)
Kredit: Aku Islam

No comments

Powered by Blogger.