Header Ads

Kereta Diconteng Kerana Menghadang Kenderaan Lain Di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, Di Kota Kinabalu,.

KERETA yang diconteng kerana menghadang kenderaan lain di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di Kota Kinabalu, sehingga viral di Facebook sejak tengah hari tadi. - Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Polis belum menerima laporan daripada pemilik sebuah kereta yang menjadi mangsa contengan kerana menghalang kenderaan lain di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas sehingga tersebar luas di laman sosial Facebook sejak semalam.


Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kawasan sekitar kenderaan itu kini dipantau rapi.

"Belum ada laporan polis dibuat oleh pemilik kereta itu kerana menghalang kenderaan lain di hospital berkenaan.

"Bagaimanapun, kawasan sekitar dipantau polis dan dalam keadaan terkawal," katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan akaun Facebook milik Sabah Viral, kejadian dipercayai semalam manakala kenderaan diconteng itu menjadi viral sejak semalam.


Kenderaan putih itu diconteng menggunakan pen 'marker' dengan pelbagai perkataan termasuk 'I will always love you'.

Setakat jam 7 malam tadi, gambar kenderaan yang diconteng itu menerima lebih 200 komen.

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.