Header Ads

Kegigihan Seorang Bapa Tunggal Menjaga Anak Perempuannya Selepas Ditinggalkan Isterinya..



Kita seringkali mendengar kisah mengenai seorang bapa meninggalkan isteri dan anak mereka. Tetapi pernahkah anda mendengar kisah seorang isteri meninggalkan suami dan anaknya?

Walaupun ini kisah benar yang menyahat hati, tetapi ia akan meninggalkan senyuman pada wajah anda selepas anda mendengar penamat manis kisah mereka ini.


Pada Januari 2015, kehidupan Richard Johnson yang ketika itu berusia 21 tahun berubah apabila buat pertama kalinya dia bergelar ayah. Dia baru sahaja menerima kelahiran bayi perempuan yang bernama Persephone. Mereka sekeluarga gembira selepas menerima kedatangan cahaya mata ini.

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan di tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada keluarga kecil ini apabila sebulan selepas melahirkan, ibu Persephone tiba-tiba melarikan diri dengan membawa bayi mereka ke California.


Besar kemungkinan ibu Persephone mengalami kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai ‘meroyan’. Dia kemudiannya bertukar fikiran dengan mengugut jika Richard tidak datang untuk mengambil bayi mereka, dia akan memberikan bayi mereka kepada sesiapa sahaja sebagai anak angkat.

Tanpa berfikir panjang, Richard dengan segera mengambil penerbangan ke California dan membawa pulang bayi mereka.


Selepas Richard bersatu semula dengan anaknya, dia tidak tahu apa-apa dan tidak pasti apakah tindakannya itu wajar diambil.


Dia sedar, dia tidak pernah membesarkan anak sebelum ini dan tidak ada langsung ilmu pengetahuan berkaitan hal keibubapaan.


Richard benar-benar terdesak untuk mendapatkan bantuan. Tidak lama kemudian, dia menjumpai kumpulan di Facebook yang digelar Life of Dad. Kumpulan ini terdiri daripada ramai bapa tunggal.


Melalui penglibatannya dalam kumpulan ini ianya banyak memberi perubahan dalam hidup Richard sebagai seorang bapa tunggal.

Banyak nasihat dan pengalaman daripada bapa tunggal lain di dalam kumpulan ini dijadikan sebagai sumber bacaan dan sokongan untuk membesarkan anaknya.


Baru-baru ini, Richard telah menulis satu surat berbentuk penghargaan kepada semua ahli di dalam kumpulan itu dan berkongsi sedikit kisah mengenai dia dan anaknya Persephone.

Ini isi kandungan surat Richard yang telah ditulis pada 10 November 2015.

Surat ini telah banyak mendapat komen positif dan ada pembaca yang menjadikan kisah dua beranak ini sebagai sumber inspirasi.

“Life of Dad,

Nama saya ialah Richard Johnson dan saya ialah bapa tunggal kepada anak perempuan kecil yang cantik ini bernama Persephone. Ibunya telah meninggalkan sebulan selepas Persephone dilahirkan. Kami masih tidak tahu sebab sebenar tetapi kami menganggap ibu Persephone mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.

Untuk beberapa minggu pertama hanya ada saya dan Persephone. Saya terserempak dengan kumpulan ini di Facebook secara kebetulan. Secara umumnya, saya terlalu gementar dan takut untuk menjadi seorang ayah. Tetapi sekarang saya adalah seorang bapa tunggal dan perlu memainkan 2 peranan. Saya tidak pasti adakah saya mampu untuk melakukannya.


Saya telah membaca setiap buku berkaitan “ibu bapa yang baru” yang saya cari dan telah menghabiskan masa lebih 1,000 jam dengan menonton video di YouTube daripada semua perkara sehingga belajar cara menganyam rambut dan melukis kuku dan belajar mengenai bagaimana cara untuk menangani isu-isu biasa keibubapaan.

Kemudian, saya mula membaca halaman kumpulan ini dengan lebih dekat dan melihat terdapat bapa di luar sana yang mengalami nasib seperti saya. Halaman ini telah menjadi pendorong untuk saya membina keyakinan dan benar-benar telah membantu saya melalui semua ini.

Saya selalu merujuk kepada gambar-gambar yang dihantar dan membaca kisah-kisah daripada beberapa bapa tunggal yang hebat di luar sana yang berada dalam komuniti ini. Anda betul-betul telah membantu saya dan anak saya mengharungi masa-masa yang sukar.

Kami berdua berasa bahagia sekarang dan terus bersama setiap hari. Persephone sekarang sudah berumur 10 bulan dan kini saya menjadi tempat memberi nasihat keibubapaan oleh kawan-kawan saya secara konsisten.

Kami telah melalui jalan yang penuh onak dan duri, saya dan anak saya, dan kami pasti terhutang budi terhadap halaman ini dan juga orang-orang di dalam kumpulan ini.

Oleh itu, daripada kami berdua, kami ingin mengucapkan terima kasih.”

Yang ikhlas,
Persephone & Richard Johnson.



Lihatlah foto manja Persephone dan ayahnya Ricahrd Johnson


Pada tahun ini, Persephone sudah berusia 2 tahun. Dia telah membesar dengan menjadi anak yang comel dan sihat. Sebagai bapa, Richard berasa sangat gembira dan berbangga kerana dapat membesarkan anaknya dengan baik sekali.


Untuk mengetahui kisah dua beranak ini selanjutnya, anda boleh layari laman Facebook mereka iaitu Persephone & Richard Johnson.

Kredit: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.