Header Ads

Kanak-Kanak Dimasukkan Ke Wad ICU Kerana Jururawat Tersilap Beri 44 Unit Insulin Sepatutnya Hanya 4 Unit Sahaja..

Akibat kecuaian, seorang budak lelaki berusia 14 tahun terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital selepas jururawat memberinya 44 unit insulin sedangkan dia hanya patut menerima empat unit sahaja.

Chris Walton, yang menghidap kencing manis telah dimasukkan ke hospital selepas kandungan gula yang tinggi dalam darah di Hospital Princess Margaret di Australia.

Kecuaian berkenaan, kata ibunya, Maria Walton boleh menyebabkan kematian kepada anaknya.
“Otaknya boleh mengalami kerosakan… atau mengalami koma dan meninggal dunia,’’ kata Maria yang turut menyatakan kesilapan berkenaan hampir gagal dikesan pada peringkat awal.
Jelasnya, kakitangan hospital itu hanya menyedarinya selepas dia menyoal mereka dan apabila mereka tersedar barulah mereka panik.

“Apa yang saya marahkan doktor boleh memberitahu saya bahawa kesilapan boleh berlaku kerana tiada siapa pun yang sempurna. Ia memang menjijikkan,’’ katanya.
Chris was treated at the Prince Margaret Hospital (pictured) in Western Australia when he was given the incorrect dose 
 Hospital Prince Margaret di Western Australia hospital Chris menerima rawatan.
Dalam pada itu, pihak hospital memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
-Pen Merah Press.
Kredit: My News Hub

No comments

Powered by Blogger.