Header Ads

"Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka,"- Peniaga Bazar Ramadhan..


KECOH di media sosial hari ini mengenai dua keping gambar yang mendakwa sebuah gerai di Kampung Guntong, Setiu Terengganu telah menjual kucing bakar di bazar Ramadan. Gambar tersebut menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan netizen kerana bentuk makanan esortik yang dijual itu menyerupai kucing dan juga anak anjing. 


Ramai yang marah namun ada segelintir netizen menyatakan gambar itu adalah kejadian yang berlaku diluar negara. Namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan.

"Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka," tulis Mohd Ebbie Shafiran di laman Facebook. 


Jelasnya lagi, dia memang ada memuat naik dua keping gambar itu di laman Facebooknya sebelum menjadi tular tetapi bersama kapsyen yang menjelaskan tentang jualan arnab bakar tersebut.  

Kredit: cari.com.my

No comments

Powered by Blogger.