Header Ads

(VIDEO) Iklan Aidilfitri Bertajuk Kisah Benar Adli Dan Luqman Mengundang Sebak Dikalangan Penonton.Ini Kisah Sebenar Adli Besarkan Anak Autisme..

Iklan Raya Astro Undang Sebak, Ini Kisah Sebenar Adli Besarkan Anak Autisme

Iklan Aidilfitri Astro bertajuk Kisah Benar Adli dan Luqman mengundang sebak dikalangan penonton. Iklan yang memaparkan kisah seorang ayah membesarkan anak istimewa pengidap autisme bernama Luqman.


Rata-rata penonton terkesan dengan pengorbanan Adli yang sanggup berhenti kerja hanya kerana ingin menebus kesilapan lalunya terhadap Luqman disamping memberi sepenuh perhatian kepada anak keduanya itu.



Pertemuan dengan Adli atau nama sebenarnya Mohd Adli Yahya, 52, memberi kesempatan kepada untuk mendalami kisah suka duka dan cabaran kepada bapa enam orang anak ini membesarkan Luqman.



"Luqman dilahirkan normal sama seperti bayi lain, namun ketika usianya  dua tahun saya mula menyedari anak yang diberi nama Muhammad Luqman Shariff ini tidak sama seperti kanak-kanak seusianya.




“Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling menyebabkan saya risau seterusnya, membawa Luqman berjumpa doktor.



“Saya bawa Luqman bertemu tiga orang doktor kerana tidak dapat menerima keputusan yang diberi oleh doktor pertama.



“Harapan saya cuma satu...saya menantikan keajaiban supaya berlaku kesilapan dalam laporan kesihatan Luqman,” luahnya tenang.




Sukar menerima kenyataan Luqman seorang kanak-kanak istimewa menyebabkan Adli tidak melayan anaknya dengan baik.



“Saya kasar dengan Luqman sehingga pada satu tahap saya pernah duduk di atas dada Luqman hanya kerana marahkan dia bermain air liur.




“Mujur saya ada seorang isteri yang sentiasa memberi semangat dan kata-kata positif sehingga saya sendiri sedar apa yang dilakukan itu salah.



“Mula terdetik di dalam hati, apa guna pegang jawatan pengarah eksekutif kalau tidak mampu membesarkan seorang anak istimewa,” ceritanya sebak.



Tidak mahu terus dihambat dosa dan rasa bersalah, Adli berjanji di hadapan Luqman untuk memberi kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada anaknya itu.


“Saya berhenti kerja. Saya jaga Luqman sepenuh jiwa saya. Saya mahu menebus kesalahan saya terhadap Luqman. Saya kesal dengan apa yang telah saya lakukan kepadanya ketika dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.



"Saya tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya saya untuk anak istimewa ini. Saya mahu mendidk Luqman supaya dia boleh berdikari apabila saya dan isteri sudah tiada nanti?




“Memang saya ada lima orang anak lain tapi mereka akan ada hidup masing-masing nanti,” katanya.



Bertitik tolak dari situ, Adli menubuhkan Autism Cafe Project pada tahun 2016 untuk membantu anak-anak autisik yang lain.




“Di Autism Café, anak-anak ini istimewa diberi pendedahan dan bergaul dengan masyarakat. Mereka diberi peluang melakukan kerja-kerja pengurusan kafe seperti menyediakan makanan, mengambil pesanan, mencuci pinggan, menyusun kerusi meja dan lain-lain lagi,” ujarnya.

VIDEO:




No comments

Powered by Blogger.