Header Ads

Gara-Gara Menghantar Gambar Lucah Diri Sendiri Kepada Kanak-Kanak, Warga Emas Pedofil Berusia 92 Tahun Dihukum 18 Bulan Penjara...

92 year old paedophile

SOUTH WALES - BRITAIN. Seorang pesara berumur 92 tahun yang mengatur temu janji dengan kanak-kanak berjaya diperangkap orang awam.

Menurut laporan Metro Harian, kumpulan awam 'The Hunted One' menyamar sebagai kanak-kanak berusia 11 tahun dan 12 tahun untuk mengumpan Ivor Grifford.


Ivor ditahan polis di lokasi temu janji di Llanhilleth, South Wales.

Pendakwa raya, Owen Williams memberitahu mahkamah Ivor memulakan perbualan seks selepas dua jam mengenali 'kanak-kanak' tersebut.

Selain menyuruh kanak-kanak memakai pakaian seksi, Ivor juga didapati menghantar gambar lucah dirinya dalam keadaan bogel.


Own juga mengatakan 'The Hunted Ones' tidak mengumpan Ivor dengan seks, tetapi Ivor sendiri memulakan perbualan lucah.

Ivor bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap dua dakwaan iaitu berhasrat melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dibawah umur 13 tahun dan cubaan melacurkan kanak-kanak.


Hakim memutuskan Ivor bersalah dan dipenjarakan selama 18 bulan.

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.