Header Ads

Gara-Gara Ada Dakwaan Mendera Kucing Peliharaannya Bernama Dodi, Kediaman Jutawan Kosmetik Popular, Datuk Aliff Syukri Diserbu Pihak Perhilitan Dan Veterinar..


SUNGAI BULOH: Berikutan ada dakwaan yang seekor kucing bernama Dodi telah didera, dua agensi penguat kuasa telah membuat satu serbuan di rumah ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumahnya, semalam.




Menurut laporan Sinar Harian. serbuan tersebut telah disertai kira-kira 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor sekitar jam 10 pagi.



Menurut jurucakap penguat kuasa veterinar, selepas menjalankan siasatan kira-kira sejam, pihak mereka tidak menemui sebarang kesan penderaan pada fizikal Dodi.



“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.




“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.




Namun pihak veterinar telah menasihatkan Datuk Aliff supaya melakukan beberapa penambahbaikan terhadap tempat peliharaan Dodi.


“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.


“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya.



Datuk Aliff dalam pada itu melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap Dodi, kucing baka Savannah.



Beliau melahirkan rasa kesal dengan laporan palsu yang dilakukan oleh pihak tertentu, namun beliau bersyukur kerana dengan operasi itu membuktikan beliau tidak melakukan penderaan terhadap haiwan kesayangannya itu.


Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya.


“Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. Insya-ALLAH, saya akan bina habitat sesuai untuknya,” katanya.





No comments

Powered by Blogger.