Header Ads

(GAMBAR & VIDEO) Anak Arwah Mejar Yazmi Menangis Dalam Dakapan Tunku Azizah Undang Sebak...

Foto anak arwah Mejar Yazmi menangis dalam dakapan Tunku Azizah undang sebak
Mikhail Adam Riaz, 11, menangis dalam dakapan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang sebak orang ramai. -Facebook RBO Rahim Othman

BEBERAPA foto anak sulung Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Mikhail Adam Riaz, 11, menangis dalam dakapan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang sebak orang ramai.

Foto tersebut menunjukan Mikhail sedang menangis sambil dipujuk dan ditenangkan oleh Tunku Azizah yang hadir melawat bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.



Difahamkan sepanjang berada di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Mikhail gagal menahan sebak dan menangis sebelum dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh.


Suasana pilu itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik turut mengalirkan air mata.


Image may contain: 2 people

Foto-foto tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, RBO Rahim Othman semalam beserta nukilan bertajuk:



MEREKA ADALAH WIRA NEGARA-



KUANTAN 16 Jun - Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan, H.T.A.A Kuantan selepas KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandarian memeluk erat adik Mikhail Adam Riaz Mohd Yazmi, anak sulung juruterbang Tentera Udara DiRaja Malaysia TUDM, Allahyarham Mejar Mohd Yazmi Dato' Mohamed Yusof, yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108, pagi semalam.


Image may contain: 2 people


Berlaku secara spontan, KDYTM Tengku Puan Pahang memeluk kanak-kanak berusia 11 tahun itu sebaik dimaklumkan beliau adalah anak sulung kepada salah seorang juruterbang yang terkorban.


Image may contain: 3 people

Sambil memberi kata-kata semangat, hati KDYTM Tengku Puan sebagai seorang ibu pasti hiba mengenangkan nasib kanak-kanak yang belum mengenal erti sebenar kehidupan itu, baginda dilihat tidak dapat mengawal kesedihan turut berlinangan air mata.




Melihat suasana hiba itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah, turut menghampiri kanak-kanak terbabit dan baginda turut memeluk Mikhail Adam Riaz abang sulung kepada lima anak Allahyarham Mejar Mohd Yazmi dan baginda juga dilihat tidak mampu mengawal kesedihan turut sama mengesat air mata.


Image may contain: 3 people


Babak hiba itu, mencuri perhatian orang ramai termasuk ahli keluarga kedua-dua juruterbang yang terkorban terbabit, pegawai serta anggota TUDM, kakitangan HTAA serta pengamal media yang berkampung diperkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTAA dan suasana menjadi sepi seketika.


Image may contain: 4 people

Pasangan Diraja bergegas mengziarahi jenazah dan keluarga kedua-dua juruterbang terbabit sebaik selesai menunaikan solat sunat terawih kira-kira jam 9:45 malam.


Image may contain: 2 people

KDYMM Tengku Abdullah dan KDYTM Tengku Puan Pahang, meluangkan masa hampir dua jam bersama keluarga mangsa.


Image may contain: 2 people, people sitting

Ketika ditemui media sebelum berangkat pulang, KDYMM Tengku Abdulah sekali lagi merakamkan takziah kepada keluarga kedua-dua juruterbang terbabit.


Image may contain: 5 people

Titah baginda, Allahyarham Mejar Mohd Yazmi Mohamed Yusof, 39 tahun dan Allahayrham Mejar Mohd Hasri Zahari adalah wira negara.


Image may contain: 3 people

Baginda menyifatkan kedua-dua juruterbang terbabit sebagai prajurit yang berjasa kepada negara. Paling mengkagumkan titah baginda, kedua-dua juruterbang terbabit terus gigih menjalani latihan walaupun ketika tekun menjalani ibadah puasa.


Image may contain: 3 people, people standing

"Saya berdoa semoga roh kedua-dua wira negara ini ditempatkan bersama orang-orang beriman dan saya berharap keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi ujian ini" titah baginda.




Menurut KDYMM Tengku Abdullah, berdasarkan laporan awal diterima baginda, kedua-dua pegawai TUDM terbabit adalah juruterbang berpengalaman dan sudah pasti pemergiaan mereka satu kehilangan besar kepada negara khususnya TUDM.



Turut bercemar duli berangkat mengziarahi jenazah dan keluarga mangsa ialah KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang DiPetua TUDM.



KDYMM Sultan Pahang yang memandu sendiri kereta ke HTAA turut meluangkan masa masa hampir sejam bersama keluarga kedua-dua mangsa yang terkorban dalam nahas udara terbabit.



Dalam kejadian kira-kira jam 11:30 pagi semalam, dua juruterbang TUDM terkorban selepas pesawat HAWK 108 yang mereka terbangkan terhempas di kawasan paya di Kemaman, Terengganu, kira-kira 30 batu nautika dari Pangkalan Udara Kuantan.



Mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 2:30 petang semalam, selepas kira-kira tiga jam pesawat yang mereka terbangkan untuk sesi latihan terputus hubungan dengan menara kawalan.



Hingga kini, bangkai pesawat HAWK 108 yang terhempas terbabit belum dijumpai.



Kedua-dua mangsa dilaporkan melompat keluar daripada pesawat menggunakan kerusi anjal sebelum pesawat terhempas.




DIRGAHAYU TUANKU



اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

الفاتح

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 

*ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


Oleh: Rbo Rahim Othman

VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.