Header Ads

Disebabkan Muka Sama Dengan Penjenayah, Lelaki Ini Dipenjarakan Selama 17 Tahun Di Atas Jenayah Yang Tidak Pernah Dilakukannya..

JONES (kanan) dipenjara selama 17 tahun atas kesalahan merompak gara-gara memiliki wajah yang sama seperti Ricky (kiri).
KANSAS: Seorang lelaki yang meluangkan masa 17 tahun di dalam penjara di atas jenayah yang tidak dilakukannya, akhirnya dibebaskan selepas polis menemukan pesalah sebenar yang menyerupainya.

Menurut MStar, Richard Anthony Jones dari Kansas City, Kansas, dibebaskan pada Khamis selepas hakim mendapati tidak bukti kukuh menyabitkannya dengan kesalahan itu.


Jones telah dipenjarakan susulan kes rompakan bersenjata pada tahun 1999 berdasarkan pengesahan seorang saksi.

Bagaimanapun hakim mendapati tiada bukti fizikal, DNA atau cap jari yang mengaitkan Jones dengan jenayah berkenaan.

Apabila saksi kes itu dipanggil untuk membuat pengecaman, mereka tidak dapat membezakan Jones dan seorang lagi suspek yang menyerupai mukanya iaitu penjenayah sebenar kes tersebut, Ricky.

Tambahan pula, Jones tinggal di kawasan lain di Kansas yang agak jauh sementara Ricky tinggal di kawasan yang sama seperti tempat kejadian.


“Saya tidak percayakan tuah, saya yakin saya dirahmati,” Jones memberitahu Kansas City Star.

Dia telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman 19 tahun penjara yang dijatuhkan ke atasnya sebelum dia mendapat tahu khabar angin seorang lelaki di penjara dengan rupa dan nama yang sama dengannya.


Sukar untuk membezakan antara Ricky (kiri) dan Jones.

Menyedari peluang tersebut untuk membebaskan dirinya, Jones menghubungi Projek Midwest Innocent, sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan sah terhadap tahanan penjara yang tidak bersalah, bagi membantunya dalam kes itu.

“Kami sangat terkejut melihat rupa mereka yang sama,” kata peguam yang bertugas bagi kes Jones.

Semasa perbicaraan terbaharu, Jones menyatakan semula keterangannya bahawa dia berada bersama teman wanita dan keluarganya pada waktu mangsa melaporkan dia telah dirompak di taman.
Pelanduk dua serupanya, ‘Ricky’ juga menafikan tuduhan tersebut.

Mangsa-mangsa rompakan tidak lagi dapat mengecam siapa yang melakukan jenayah tersebut.


Selepas 17 tahun, Jones dapat berjumpa semula dengan ahli keluarganya.

Peguam Jones juga menyoalkan tentang bilangan lelaki yang dipilih oleh polis kepada mangsa 17 tahun yang lalu sangat menghukum kerana dia adalah satu-satunya yang mempunyai imej suspek seperti yang diperkatakan.

Kini, Jones boleh menarik nafas lega apabila dapat pulang ke pangkuan anak-anaknya.

“Apabila memikirkan anak saya, ia adalah sesuatu yang sukar, tetapi mereka memahami apa yang berlaku,” katanya.


Dia memberitahu Kansas City Star bahawa dia memahami mengapa mangsa-mangsa tersebut membuat kesilapan yang besar selepas melihat ‘Ricky’.

“Setiap orang mempunyai pelanduk dua serupa.

“Kami bernasib baik telah menjumpainya," kata peguam kes tersebut.





No comments

Powered by Blogger.