Header Ads

Bayaran RM110 Akan Dikenakan Jika Kehilangan 'MyKad' Buat Kali Pertama Dan RM310 Jika Kehilangan Kali Kedua...


Maklumat Bayaran Harga Dan Garis Panduan Permohonan Gantian Mykad Hilang 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan kepada individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri Bayaran bagi kehilangan kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000. 


Denda itu tidak termasuk dengan bayaran permohonan Bagaimanapun, pengecualian kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

No automatic alt text available.

Ringkasan Garis Panduan 

Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali pertama, pemohon boleh terus ke kaunter JPN, manakala bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, pemohon hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum memohon di kaunter JPN 


Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan Semua permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan.


Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.