Header Ads

"Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid"- Bazli UNIC..

Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid...- Bazli UNIC

Anak kepada salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, 33, meninggal dunia sebentar tadi.

Anak Bazli, Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Bazli memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya, @bazliunic.
"Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan syahid.. Anakku...," tulis Bazli.
 
Anak Bazli yang merupakan salah seorang kanak-kanak autisme lahir pada 27 Oktober 2013.

Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan.
Setelah mengalami proses diagnosis, Syahid disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.
Takziah Astro Gempak ucapkan kepada Bazli dan seluruh ahli keluarga atas pemergiaan Syahid.
Di bawah merupakan rakaman video terakhir Bazli bersama Syahid di IG yang dimuatnaik enam hari lalu.
 
Kisah penderitaan Muhammad Syahid bermula selepas dia mengalami bengkak kecil di bahagian leher pada Disember tahun lalu di mana dia mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital di Alor Star, Bazli kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Damansara dan Hospital Sungai Buloh.



Ketika di Hospital Sungai Buloh, muncul satu lagi bengkak di bahagian bawah ketiak anaknya menyebabkan kes itu dirujuk ke HKL di mana doktor di HKL mengesahkan anaknya telah menghidap kanser.



Bersama kira sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Syahid, pemergiannya pada usia begini satu syafaat besar kepada ibu bapanya di akhirat nanti, berbahagialah Syahid di sana. -  

-Pen Merah Press


Kredit:astrogempak

No comments

Powered by Blogger.