Header Ads

Wanita Ini Kongsikan Bagaimana 'Memulihkan' Anaknya Yang Ketagih Gajet Dan Speech Delay Dalam Masa 3 Bulan..


“Dulu ingat nak bagi anak guna gajet sekejap-sekejap saja. Tapi sekarang macam dah susah pula nak kawal. Asyik menangis dan merengek bila kita larang. Apa nak buat bila anak ketagih gajet ni?” Ramai ibu bapa tentu familiar dengan situasi ini. 

Sedar tak sedar, anak kita semakin ‘melekat’ pada gajet dan skrin elektronik tanpa mengira masa. Pada awalnya kita cuma beri sekejap supaya mereka leka dan tidak.


Jangan risau, masih belum terlambat untuk kita menghilangkan ketagihan gajet pada anak kita. Perkongsian kali ini adalah oleh Puan Fizah Rosli tentang usaha beliau menghentikan masalah anak ketagih gajet pada usia 2 tahun 6 bulan. 

Menurut beliau, proses pemulihan beliau ini mengambil masa sekitar 3 bulan. Anak beliau yang juga mengalami masalah lambat bercakap atau speech delay kini telah memperlihatkan banyak kemajuan dari segi pertuturan.

Anak Puan Fizah, Abdullah Fahim yang ketika itu berusia 2 tahun setengah masih belum dapat menuturkan sebarang sukukata yang bermakna. Jom kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini:


Image may contain: 4 people, people smiling, baby and closeup

ANAK KETAGIH GAJET & SPEECH DELAY, IBU INI KONGSI 6 LANGKAH ATASINYA DALAM 3 BULAN:

Pada usia tahun 3 tahun, Abdullah Fahim baru boleh sebut perkataan yang bermakna. Sebelum itu, bukan saja perkataan tak ada disebut, 1 suku kata bermakna pun tak ada lagi. Contohnya: tu, nak, tak nak, dan apaapa hujung perkataan memang tak pernah disebut. 

Semuanya dia main tunjuk saja. Jadi, Fizah nak kongsikan pengalaman dalam usaha menghentikan dan hilangkan ketagihan gajet pada si anak yang suci. Secara tak langsung, ia banyak membantu dalam perkembangan pertuturan Fahim.

1. MOHON DOA TERLEBIH DAHULU 

Sebelum kita mulakan , langkah pertama apa-apa pun doa dulu mohon Allah bantu. Sebab, buatlah apa cara sekalipun kalau Allah tak bantu memang susah nak menjadi.


2. JELASKAN PADA ANAK 

Langkah kedua, cari waktu yang anak relaks dan kita pun relaks (bukan masa anak pegang phone atau tengok TV) untuk beritahu tindakan yang bakal kita lakukan dengannya. 

Beritahu dia, lepas ini Fahim hanya boleh tengok handset Ummi dan Walid 10 minit je sehari. Ummi dan Walid akan letak password sebab takut fahim ter‘call’ kawan Ummi atau Walid. Nanti menganggu. Atau bagilah apa-apa alasan yang logik dan mudah difahami. TV pula, sehari satu cerita saja ya. 

Kita tak boleh tengok TV lama-lama sebab nanti otak jadi beku. Agak-agak die faham tak apa yang ummi terangkan ni? Mungkin dia faham tapi pastinya dia tak ingat pun apa yang kita terangkan ni nanti. Tak mengapa. Ulang dan ulang peraturan dan mulakan langkah. Fizah ada cuba jugak nak guna taktik tinggalkan bateri sikit pada phone. Tapi pada Fizah, sampai masa nanti, anak akan tahu bahawa bila bateri habis,solusinya cas balik. 

So dia boleh dapatkan balik phone tu. Dan pada hakikatnya, kerja-kerja bisnes Ummi 98% memang guna phone Ummi. Kalau bateri habis, lambat pulak kerja Ummi (Ummi jenis malas cas phone. Tahu guna je.) Jadi, Fizah tak drastik hentikan semua. Tapi agak drastik dalam hadkan masa. Sehari boleh 10 minit saja. 

Tapi ada jugalah kadang-kadang terlajak sampai 1jam bila tersibuk dengan urusan lain. Yalah, anak pun kene perlahan-lahan biasakan diri. Tapi selepas 4 bulan pemulihan, sampai sekarang memang very strict. 10 minit saja boleh hadap kalau ada benda nak tunjuk kat dia atau kadang-kadang dia nak tengok video dia yang ummi rakam. Dan dia dah tahu makna minit-minit kecil tu.


3. DELETE VIDEO & YOUTUBE

Langkah ketiga, delete semua video-video kartun yang menjadi tarikan pada anak. Tapi untuk 1 bulan pertama, kami tinggalkan 2 cerita dalam gallery walid berdurasi 10 minit saja dan padam satu lepas beberapa minggu, dan padam semua bila rasa sesuai. 

Jadi dengan 1 video ini, lama-lama dia bosan. Youtube Walid pun Ummi padam. Walaupun memang sebelum ini Fahim tak buka pun video dari Youtube Walid tu sebab Walid sorok dalam ×le lain. Tapi Ummi khuatir kalau terjumpa. 

4. KONSISTEN DENGAN PERATURAN YANG DITETAPKAN

Langkah keempat, laksanakan syarat yang kita dah sebut depan anak sebelum ni. Tapi, kene sentiasa ulang dan ulang peraturan. Dari hari ke hari memang jenuh jugalah nak layan tantrum dia bila dapat guna phone kejap saja. 

Apapun, Ummi kentalkan hati demi masa depan Fahim. Lama-lama dia faham yang phone Ummi Walid boleh guna kejap-kejap saja. Dekat 3 bulan lebih untuk adjust perkara ni pada Fahim. Matlamat Ummi nak dia faham yang gajet bukan mainan utama dia waktu kecil ni. 

5. KORBANKAN MASA BERMAIN DENGAN ANAK.

Langkah kelima, kami sediakan untuk dia mainanmainan yang boleh buat dia leka macam kiub, blok, lego magnet, mewarna, messy play dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, memang dia leka main semua itu. 


Dan kita memang kena korban masa juga untuk main sama-sama dengan anak. Melalui masa-masa bermain dan beraktiviti juga sekaligus Fizah buat terapi sendiri pada Fahim. Tapi dalam masa ini TV masih lagi tak dapat kawal. Dia tak dapat phone, dia nak TV. Dah puas-puas main alat mainan, main air kat sinki, beraktiviti semua, jadi memang bagi dia buka video yang Walid dah set di TV. Channel Ceria mmg sangat-sangat ketat Ummi kawal. Memang tak bagi tengok. Masa tu tengah hot dengan Ceria Pop Star. Ummi tak berapa minat nak dedahkan anak dengan semua tu. 

Kenapa TV Ummi longgarkan syaratnya? 

Memang main tarik tali dengan TV ni dulu. Sebab masa Fahim tengok TV, dia jenis tak duduk diam. Dia akan ligat main lompat sana sini, main alat mainan melukis depan TV dan lain-lainlah. Dan therapist yang kami rujuk dulu kata TV ok lagi berbanding gajet sebab gajet ni seluruh jiwa raga terutamanya bahagian kepala.(otak) hanya akan tertumpu pada gajet depan mata. Maka, otak tak berkembang. Makin kecut ada lah (kecut nisekadar monolog Ummi ya). 

Salah satu aktiviti messy play yang dilakukan bersama sehinggalah sekarang.

6. MINTA KERJASAMA ORANG SEKELILING

Seterusnya langkah keenam. Terangkan pada orang sekeliling tentang tindakan kita tadi. Kalau macam kami, balik kampung lepas sebulan proses pemulihan berjalan. Jadi, masa dalam perjalanan balik kampung, dah mesej siap-siap dalam group family, minta tolong sangat-sangat jangan bagi atau hulur phone pada Fahim walau dia menangis tertonggeng sekalipun, JANGAN BAGI. 


Dan Ummi sendiri dah tolong setkan password pada phone Mak Tok, Tok Ayah, dan delete sekali apps Youtube dari phone mereka (Mak Tok dan Tok Ayah tak guna pun benda-benda ni. Yang guna Ayah Ucu dia. Nanti pandailah die cari balik). So kalau die dapat sendiri phone Mak Tok atau Tok Ayah dia akan minta orang bukakan. Orang lain akan cakap tanya Ummi dulu dan kalau dapat pun, dalam tu tak ada apa-apa yang menarik.  

Alhamdulillah. Semua bagi kerjasama. Jadi kat kampung pun dia dah terbiasa tak ada peluang dapat phone walaupun phone Mak Tok dan Tok Ayah.

SEMAKIN BANYAK KEMAJUAN & PERKEMBANGAN

Alhamdulillah, sekarang Abdullah Fahim dah 5 tahun. Banyak sangat improvement pada diri dia terutamanya dari segi bahasa (he wasspeech delay). Rasa syukur sangat Ummi Walid sempat tersedar awal tentang kelewatan perkembangan pada Abdullah Fahim dan hal-hal gajet ni. Kalau tak, syok sendirilah tengok anak duduk diam baik tak melompat-lompat. Asyik fokus depan skrin ‘berhantu’ tu. 

Dan sampai sekarang, Ummi masih sedaya upaya cover apa-apa bantuan rangsangan yang sepatutnya Abdullah Fahim dapat dulu tapi tak dapat. Ummi pulun saja buat semua ni walaupun ada juga yang kata “Alah nanti budak tu besar pandailah dia..” Wallahu a’lam


Sumber: Puan Fizah Rosli,Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.