Header Ads

(VIDEO) Syarikat Ini Buat Service Untuk Dapatkan 'Likes' Palsu Di Media Sosial..


Dalam dunia digital media sekarang ini, likes dan review adalah segalanya. Populariti sesuatu produk, bisnes atau akaun juga bergantung kepada kadar likes dan dan komen yang mereka dapat di sosial media.
Di Shenzhen, China, sebuah syarikat startup nampak cara untuk menambah likes ini sebagai satu bisnes. Untuk menaikkan jumlah likes dan review, ada syarikat yang sanggup berbelanja besar asalkan akaun mereka itu tampak gah di mata pengguna media sosial.

Caranya? Di ‘Like Factory’ ini tergantung ratusan telefon pintar di mana setiap satunya mempunyai profil yang berlainan. Kerja pekerja di syarikat ini adalah untuk ‘like’ produk klien mereka satu-persatu dengan akaun yang berbeza.
Video di bawah dirakam oleh Artem Zhdanov. Menurut Artem, syarikat ini menjalankan bisnes ini untuk laman WeChat untuk pasaran China di mana mereka membantu sesuatu akaun untuk menambah bilangan likes,views dan komen. Patutlah banyak fake account dekat WeChat.









Ratusan telefon pintar digantung di dinding dan dikawal oleh beberapa master komputer. Memang pandai orang China cari peluang untuk buat duit. Tetapi menurut Artem, ini cumalah Like Factory pada skala kecil, yang besar menmpunyai lebih 10,000 telefon pintar yang terletak di tempat lain!
Begitulah dunia sosial media. Anda mahu cepat naik, gunalah servis seperti ini. Mentaliti pengguna media sosial masih nampak bilangan likes ini sebagai penanda aras populariti sesuatu produk, bisnes atau akaun. Rasa-rasa ada tak Like Factory seperti ini di Malaysia?

Sumber: The Vocket

No comments

Powered by Blogger.