Header Ads

(2 VIDEO) Kecoh! David Teo Ditampar Oleh Mat Over Ketika Live Di Depan Perdana Menteri D.S Najib Razak..


Kecoh apabila video penerbit David Teo ditampar pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni tular di media sosial.



Kekecohan berlaku apabila David cuba memberikan pandangannya kepada Datuk Rosyam Nor, namun penerbit tersebut telah menghamburkan perkataan kurang sesuai di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mat Over yang tiba-tiba muncul dari tempat duduk penonton meluru ke arah David dan berkata, "Jangan kurang ajar depan Perdana Menteri!" sebelum bertindak menampar penerbit tersebut.
Walau bagaimanapun, keadaan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan.









Dialog yang dikendalikan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor kemudian diteruskan seperti biasa.

Sebanyak 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana di sini hari ini.-Pen Merah Press.


Kredit: Astrogempak

No comments

Powered by Blogger.