Header Ads

Takziah. Seorang Pelajar UiTM Maut, Manakala 4 Cedera Dihempap Pokok Ketika Berkhemah di Lata Charok, Janda Baik.


Bentong, 13 Mei : Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Lata Charok, Janda Baik, pagi tadi.


Empat yang lain turut cedera dihempap pokok berkenaan.

Utusan Online berkata, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa bersama 68 pelajar lain sedang mengikuti program perkhemahan di situ.


“Semasa kejadian, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa penuntut.

“Pasukan bomba sedang melakukan operasi bagi membawa keluar mangsa yang dihantar ke Hospital Bentong,”katanya di sini hari ini.-Pen Merah Press


Sumber: Utusan Online

No comments

Powered by Blogger.