Header Ads

Tahukah Anda? 5 Jenis Makanan Ini Anda Kena Elakkan Makan Sebelum Tidur..


Tidur lah nikmat yang paling best kan? Manusia perlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur lena supaya tubuh kekal bertenaga. Tetapi, sebelum tidur korang kena elakkan ambil 5 jenis makanan ni jika taknak tidur korang terganggu.


1. Sayuran Cruciferous


Pengambilan sayuran dalam diet makanan kita adalah amat baik jika diambil ketika makan tengah hari. Sayuran cruciferous seperti brokoli dank obis bunga mengandungi serat tidak mudah larut yang mengambil masa untuk dicerna dengan sempurna.


2. Daging Merah


Daging merah juga sukar nak hadam kerana ia kaya dengan kandungan protein. Pengambilannya pada lewat malam membuatkan tubuh kekal dalam proses penghadaman dan menyukarkan korang nak dapat tidur yang nyenyak.

3. Sos Tomato

Mungkin ia perasa tambahan yang terbaik dalam makanan. Namun, sos tomato agak berasid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Sebaiknya elak pengambilan sos tomato tiga jam sebelum tidur.

4. Daging kering dan keju

Pertimbangkan balik nak makan keju waktu malam. Untuk penghadaman, daging kering dan keju adalah yang terbaik diambil pada waktu siang kerana ia mempunyai tyramine iaitu sejenis asid amino untuk meningkatkan kecerdasan.

5. Coklat gelap

Coklat pekat mengandungi kira-kira satu perempat daripada jumlah kafein dalam secawan kopi. Haa, mesti korang tahukan yang kafein lagi buatkan kita susah nak tidur. So elakkan okay!-Pen Merah Press.




Sumber: Eh!

No comments

Powered by Blogger.