Header Ads

Suka Minum Susu Kurma Tapi Harga Mahal? Nah Resepi Mudah Menyediakan Susu Kurma. Buat Sendiri, Lebih Jimat, Dan Sedap..


Anda selalu nampak tak orang berebut nak beli susu kurma yang dalam botol putih tu sampai kehabisan stok? Ada peniaga yang jual sampai sebotol RM8-10. Harga membakau darah betul. Tapi tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat sendiri susu kurma itu di rumah? Jauh lebih murah, dapat minum dalam kuantiti yang banyak, lebih sihat dan dijamin tiada bahan pengawet. 


Berikut perkongsian untuk anda yang nak cuba buat sendiri jus susu kurma sedap gila ini di rumah: 

jus susu kurma berkrim resepi paling sedap mudah

Bahan-bahan: 
  • 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh) 
  • 1 cawan air kosong 
  • 2 cawan susu segar (full cream atau low fat – mengikut citarasa) 


Bahan-bahan tambahan: 
  • Madu 
  • Oat 
  • Kacang badam / gajus 
  • Kismis 
  • Buah tin 
  • Pisang 
  • Serbuk milo / koko / kopi 
  • Serbuk kayu manis 
  • Ketulan ais 
  • Aiskrim vanila 


Kaedah: 

1. Belah kurma dan keluarkan bijinya. 

belah kurma dan buang biji

2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.

rendam kurma dalam air kosong atau air panas

3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar. 


tuang susu ke dalam blender bersama isi dan air rendaman kurma

4. Kisar sehingga hancur. 

kisar semua bahan jus susu kurma

5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus. 

tuang ke dalam gelas dan bolehlah dihidangkan


Nah, siap sudah resepi yang amat senang dan menyihatkan. Tidak ada gula tambahan dan anda sendiri mengenali setiap bahan yang digunakan. Jika anda guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih ‘kick’! 

Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan. Resepi date milkshake ini boleh menjadi penggalak susu bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. 


Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Puasa pun dah dekat, eloklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka. 

Selamat mencuba! -Pen Merah Press.


No comments

Powered by Blogger.