Header Ads

Status ‘Single’ Bukan Bermakna Tak Laku Tau.Baca Hujah Lelaki Ini Akan Membuatkan Anda Confident!..


TENTANG SINGLE

Single bukan bermakna kamu tak laku, Tapi kerana kita terlalu limited untuk di miliki sebab itu kenapa sampai sekarang kita masih single. Hanya yang berhak dapat menyunting hati kita. Single juga bukan bermakna kamu tak cukup ‘cantik’ pada pandangan manusia hingga tiada sorang pun yang berkenan. Atau kita wahai lelaki tak cukup ‘hensem’ pada mata perempuan hingga tiada yang berkenan buat suami.





Tetapi definisi tentang single itu adalah bukti number satu bahawa bertapa Allah menjaga kita daripada melakukan perkara yang di benci Allah. Bukti bertapa Allah mencintai kita dan tak mahu kita hanyut dengan cinta palsu manusia yang tersangat manis bicaranya.



Bila couple dosa yang ringan-ringan mesti ada. Seperti tak jaga pandangan, ikhtilat lagi, tu semua ‘zina’. Bertapa zina itu nikmat tetapi sangat di benci Allah kerana salah dalam menyalurkan fitrah sebagai manusia. Sebab itu mengapa hingga kini diri masih lagi single. Bila single mesti ada hikmah. Dan hikmah itu adalah bukti cinta Allah.




Allah tahu apa yang terbaik buat kita sedang kita tak tahu, dan boleh jadi kita tersalah pilih andai tak di pandu dalam landasan Agama Tuhan. Allah dah bagitahu dalam al-Quran.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Hakikatnya kita tidak pernah single.



Ya ‘tak pernah’



Serius bah.



Kita ada Allah dan Rasul. Ada Malaikat yang setiasa mencatit baik buruk amalan kita. Ada Mak Ayah yang sentiasa tegur salah silap kita saat kita mula lalai, ada adik beradik yang terkadang buat sakit namun sangat di rindui tatkala duduk jauh. Ada sahabat yang sentiasa setia di sisi walau kadang muncul kadang lenyap. Like chipsmore. Huhu.



Dan sebagainya.



Hiduplah kerana Allah. Gapai redha Allah. Raih pandangan Allah. Buru rahmat Allah. Damba cinta Allah melebihi makhluk. Melebihi dunia serta isinya. Dan pada akhirnya bahagia pasti milikmu jua.




Akhir kata.



Lepas baca silakan tag facebook kawan-kawan korang yang rasa diri single lagi. Aku pun single juga. Haha

Jazakallah.



Yang menulis:



– Muhammad Shafri the abang serban



Sumber : Muhammad Shafri

No comments

Powered by Blogger.