Header Ads

"Shah Rukh Khan Memuat Naik Gambar Wajah Ibunya Di Laman Sosial"..

Inilah kali pertama Shah Rukh Khan mendedahkan gambar ibunya di ulang tahun ke 74 ibu pelakon tersohor Bollywood ini. 

Walaupun ibunya sudah tiada Shah Rukh Khan tetap mengingati ibunya. Aktor tampan Shahrukh Khan sepertinya sedang dilanda rasa emosional yang teramat dalam. Namun dia masih boleh menyembunyikan perasaan tersebut dengan sedikit gurauan yang namun dikemas seolah hal yang serius. 


Momen istimewa yang membuat Shah Rukh Khan merasa sedikit emosional tak lain dan tak bukan adalah hari ulang tahun ibunya yang jatuh pada Rabu (1/7). Tidak hanya berdiam begitu sahaja, seperti anak-anak yang lain, Shahrukh Khan memuat naik status dan gambar ibunya di laman sosialnya. “Dia hari ini seharusnya berusia 74 tahun dan aku mungkin akan ditampar kerana sudah memberitahukan usianya. Hari ini adalah hari yang bahagia,” tulisnya.



Tidak hairanlah jika pelakon ini begitu terkenal diseluruh dunia sehingga mendapat gelaran Datuk di Malaysia jika beginilah sikapnya kepada ibunya yang sudah lama meninggal dunia. Hanya anak durjana sahaja yang tidak sayangkan ibunya. 


Ibu bapa Shah Rukh Khan sebenarnya seorang muslim. Apabila ditanya berhubung dengan agamanya, ini adalah jawapan dari Shah Rukh Khan: “Saya bukan agama dari segi bacaan namaz [doa] lima kali tetapi saya Islam. Saya percaya pada rukun Islam dan saya percaya bahawa itu agama yang baik dan disiplin yang baik” -Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.