Header Ads

Pulau Seram Dikejutkan Dengan Penemuan Misteri Bangkai Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai..

The rotting remains of a giant sea dreature washed up on a remote Indonesian beach on Tuesday

JAKARTA - Seluruh penduduk di Pulau Seram di wilayah Maluku, Indonesia gempar apabila baru-baru ini mereka dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor sotong gergasi di Pantai Hulung di pulau berkenaan, lapor Harian Metro. 


Melalui laporan dalam satu kenyataan kepada Beritasatu.com, seorang penduduk yang dikenali sebagai Asrul Tuanakota memberitahu, dia telah menemui bangkai sotong gergasi berkenaan yang sepanjang 15 meter itu pada petang Selasa lalu, katanya. 

The 15m carcass was discovered by Asrul Tuanakota, a local resident, on Seram Island

Selepas penemuan sotong misteri itu, pantai tersebut telah menjadi tumpuan seluruh penduduk pulau berkenaan dan juga orang ramai yang berada berhampiran yang ingin melihat sendiri bangkai sotong yang dikatakan semakin mereput itu.


Ini adalah kejadian dan penemuan yang pertama seperti itu berlaku dan sehingga kini, punca bagaimana bangkai itu terdampar di pantai berkenaan masih lagi tidak diketahui. Walau bagaimanapun, sotong tersebut dikatakan telah mati sejak tiga hari lalu sebelum ianya ditemui. 

The creature is thought to have been dead for at least three days before it was found

Selain itu, para penduduk di kawasan berkenaan telah memohon kepada kerajaan agar dapat membantu mereka mengalihkan bangkai tersebut kerana ia dikatakan sudah mula mengeluarkan bau yang busuk.-Pen Merah Press. 


Sumber: Daily Mail, Metro Harian

No comments

Powered by Blogger.