Header Ads

Program U2 DESA Galakkan Belia Pulang Bekerja Di Kampung .. Jom Balik Kampung..





‘Program Usahawan Belia Pengajian Tinggi  Balik Kampung’  (U2Desa) merupakan program terbaru di bawah KKLW kepada penuntut institusi pengajian tinggi untuk membangunkan ekonomi luar bandar dan sekaligus mengelakkan penghijrahan belia ke bandar besar.

Kebanyakan belia luar bandar ramai berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Demi mencari pekerjaan bagi menampung kos kehidupan, ramai yang terpaksa meninggalkan kampung halaman dan keluarga. 

Bagi menangani masalah kekurangan belia luar bandar yang ramai berhijrah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melancarkan program Usahawan Belia Pengajian Tinggi Balik Kampung (U2Desa) membabitkan 2,664 penuntut daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk memperkasakan aspek ekonomi melalui aktiviti keusahawanan.


Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KKLW, program ini disediakan untuk  membangunkan ekonomi luar bandar dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan itu. Oleh itu, kalau boleh kita mahu melakukan perubahan atau ‘reverse migrataion’ untuk membolehkan lebih ramai belia di bandar pulang atau kekal di kampung, sesuatu perlu dilakukan bagi memajukan kampung halaman mereka melalui bidang keusahawanan.


Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran U2Desa, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Program itu melibatkan 400 buah kampung dan 2,000 pelajar dibentuk kepada beberapa kumpulan, membuat kertas kerja dan akhirnya dapat mewujudkan perniagaan di kampung tersebut.

Penuntut akan melakukan ‘profiling’ sumber di kampung bersama JKKK dan mereka akan menyediakan cadangan projek dan pelan perniagaan yang sesuai dengan kampung masing-masing.

Pelan perniagaan mereka itu akan dinilai KKLW dan pihak berkaitan, sekiranya relevan dan berdaya maju, kementerian akan memberikan dana permulaan RM10,000 untuk mereka menjalankan projek keusahawanan berkenaan.





No comments

Powered by Blogger.