Header Ads

Pernahkah Anda Mengalami Jari Tangan Lekat Ataupun Tersangkut (Trigger Finger)? Ikuti Ulasan Doktor Ini..


Pernahkah jari anda tiba-tiba menjadi ‘jammed’ atau tidak boleh diluruskan semula setelah anda membuat genggaman?

Anda mungkin mempunyai masalah yang dikenali sebagai ‘Trigger Finger’. Biasanya pesakit boleh membengkokkan jari mereka ketika menggenggam tangan, namun apabila mereka membuka genggaman, jari yang bermasalah ini ‘jammed’ atau tersekat  dan gagal diluruskan.Baca perkongsian  oleh Doktor Mahyuddin Mohamed ini.
Seorang guru wanita melangkah masuk ke bilik konsultasi saya minggu lalu.
"Doktor, jari tangan saya ni tersangkut la doktor." Senyuman terukir dibibir namun suaranya bergetar menahan kesakitan.

"Jari yang mana sakit Cikgu, tangan kiri atau kanan?"


"Dua-dua tangan pun kena Doktor. Dua-dua jari tengah. Cuma yang kiri ni saya boleh lurus sendiri, yang kanan kalau dah sangkut, saya terpaksa guna tangan kiri saya untuk luruskan balik. Sakit doktor, siap ada bunyi meletup lagi!"
"Kalau dah sampai tahap sangkut macam tu, dah tahap 3-4 dah cikgu. Cara paling berkesan ialah kita buat pembedahan kecil. Buka sikit di sini dan kita lepaskan urat yang tersepit kat situ. Kalau peringkat awal, kita boleh beri ubat anti-radang & fisioterapi dahulu. Saya menjelaskan masalah yang berlaku & rawatan yang perlu dilakukan.

"Kalau kena operate, operate la Doktor. Dah tak tahan saya sakit ni" saya ikut saja.
Jari tengah kedua tangan cikgu ini mengalami masalah Trigger finger. Masalah ini lebih serius pada tangan kanan dimana beliau terpaksa menggunakan tangan kiri beliau bagi meluruskan jari yang lekat (jammed). Bunyi "pop" jelas kedengaran ketika jari tersebut diluruskan disertai dengan kesakitan. Manakala, jari beliau di sebelah kiri masih boleh diluruskan sendiri walaupun tersekat-sekat.
Trigger finger berlaku akibat radang yang berlaku pada A1 Pulley iaitu satu lapisan yang melapisi flexor tendon iaitu urat yang membolehkan kita membengkokkan jari-jari kita. A1 pulley ini terletak pada garisan yang paling hujung pada tapak tangan kita.

Keradangan ini menyebabkan laluan tendon menjadi sempit dan ketat. Ia menyebabkan pesakit sukar meluruskan jari yang telah dibengkokkan dan menjadi tersangkut (jammed). Ada masanya ia sukar dibengkokkkan dan adakalanya pula terdapat nodule atau biji kecil pada bahagian A1 pulley ini.

Ia mempunyai beberapa tahap:
* Tahap 1: Pesakit merasa sakit pada bahagian A1 pulley tapi jari tidak sangkut (jammed)
* Tahap 2: Jari ketat dan sangkut tapi pesakit boleh luruskan kembali jari tersebut
* Tahap 3: Jari tersangkut setiap kali pesakit membengkokkan jari & pesakit perlu menggunakan tangan sebelah bagi meluruskan kembali jari yang sangkut tersebut.
* Tahap 4: Jari tersangkut & tidak dapat diluruskan kembali.
"Boleh saya ambil video jari cikgu ni? Nanti saya nak share dengan pembaca2 di media sosial untuk educate public kita. Boleh ye Cikgu?"
"Boleh Doktor. Bagus la doktor share ilmu ni. Ramai yang tak tahu masalah ni."
"Cikgu boleh baca artikel saya di Malaysian Medical Gazette untuk info lanjut ye."
Image may contain: one or more people
"Baik Doktor." Beliau berlalu sampai tersenyum.
Oh ye, jika anda atau ahli keluarga anda ada masalah Trigger finger ni, tak perlu la nak cuba makan segala bagai jus atau herba, teh atau kopi, daun & minyak, spray tonik atau supplements. Buat perabih boreh je. Ada ke benda alah semua ni yang berharga RM5 atau kurang?

Segera ke hospital & jumpa Pakar Ortopedik bagi rawatan yang berkesan dengan hanya RM5. Usah tertipu dengan ejen yang ingin mengambil kesempatan dengan masalah & kegusaran anda. Mulutnya manis kononnya ingin anda sembuh, hati & fikiran sebenarnya mengira bonus yang bakal diraih. "Kcing, kcing, kcing"
Ikhlas membantu walaupun tak dapat bonus,


No comments

Powered by Blogger.