Header Ads

Viral Pengorbanan Seorang Guru Meredah Lumpur 135km ke Sekolah, Ketua Pengarah JAKOA Jawab Isu Jalan Tidak Dibaiki...

Gambar kredit NST









Baru -baru ini sempena Hari Guru, satu kisah pengorbanan seorang guru yang berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 135km menjadi tular di sosial media. Sekaligus mendapat kata pujian dari netizen.

Guru Ahmad Saidin Mohd Idris yang mengajar di SK Lenjang itu mendapat pujian daripada netizen kerana kegigihan beliau yang sanggup meredah jalan berlumpur dengan menunggang motorsikal selama 2 jam demi mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lipis.

Ada segelintir netizen yang persoal terhadap pihak berwajib "adakah tiada penambahbaikan jalan dilakukan di kawasan tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka?"

Hari ini En. Jamaludin Kasbi, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli mengulas mengenai isu tersebut.


En. Jamaludin memuji kesabaran guru Ahmad Saidin merempuh perjalanan yang sukar untuk ke sekolah. Mengajar orang asli memerlukan satu dedikasi dan amanah, dan wajarlah pengorbanan itu di balas dengan kecemerlangan pelajar sekolah tersebut. 

Baru-baru ini, satu anugerah apresiasi kepada pelajar orang asli yang cemerlang telah diadakan.

Menjelas isu ini, jalan berlumpur yang dinyatakan sedang dalam proses penambahbaikan dan dijangka akan siap pada Julai 2017.

Dan sedikit maklumat tambahan mengenai kisah tular itu yang tidak diceritakan adalah kuarters telah disediakan untuk setiap guru yang bekerja dalam kawasan pedalaman, dan perjalanan 135km yang dilalui oleh Guru Ahmad Saidin adalah perjalanan ulang alik dari rumah beliau ke sekolah, bukan dari kuarters ke sekolah.

Perjalanan jauh ini juga terjadi kerana isteri beliau baru sahaja bersalin dan terpaksa berulang-alik menaiki motosikal untuk kembali ke rumah menjaga isteri beliau berpantang. 

Pujian wajar diberikan kerana kesanggupan beliau untuk berulang alik menjaga isteri berpantang.

Setiap guru di pedalaman terima elaun

Kita sedia maklum, bagi seorang guru yang bekerja di sekolah pedalaman, elaun akan diberikan. Elaun kesusahan / elaun tambahan ini telah diberikan kepada guru tersebut sebanyak RM500 sebulan.

Tambahan beliau, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk peningkatan pelajaran orang asli termasuk untuk pengangkutan dan wang saku untuk 400 orang pelajar orang asli di SK Lekang.

-PenmerahPress





No comments

Powered by Blogger.