Header Ads

Penari Kebudayaan Sarawak Dihalau Dari Bergambar Di KLCC Kerana Pakai Baju Kebudayaan Mereka..


Tidak menjadi satu kesalahan bagi mana-mana bangsa di Malaysia ini untuk memakai dan memperagakan pakaian tradisional mereka di tempat awam. 


Namun disebalik kebanggaan akan keunikan yang dibawa satu-satu bangsa itu, tidak pula disangka-sangka mereka ini dihalau kerana ingin bergambar dengan memakai pakaian tradisional Sarawak di KLCC.


Melalui perkongsian Abam Supir di laman Facebook yang kemudian dimuatkan dalam laman I Love KCHpenari kebudayaan dari Sarawak ini datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan di Angkasapuri.






Sumber: Facebook

Kebetulan sudah berada di Kuala Lumpur, mereka kemudian singgah di Suria KLCC dengan harapan untuk bergambar sebagai kenang-kenangan di kawasan taman dan kolam bangunan berkembar tersebut.

Namun tindakan mereka itu kemudiannya dihalang pihak pengurusan Suria KLCC atas alasan mereka tidak sesuai berpakaian sebegitu.
Menurut Abam Supir,
Mereka ini hadir bagi menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri. Lalu mereka singgahlah ke Taman KLCC untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.”

Tetapi tindakan mereka itu dihalau oleh pihak pengurusan PETRONAS (merujuk kepada pihak pengurusan Suria KLCC) dengan alasan berpakaian sebegitu.
Malah tambahnya lagi, penari-penari ini telah menarik perhatian pelancong untuk bergambar dengan mereka. Namun tindakan tersebut dihalang pihak pengurusan yang mengarahkan mereka menukar kepada pakaian yang lebih sesuai.
Mereka dihalau seperti ia menjadi satu kesalahan jika mengenakan pakaian tersebut. Walhal mereka hanya singgah untuk bergambar sehinggakan ada di antara pelancong yang mahu bergambar dengan mereka.”

Namun (pihak pengurusan) tidak benarkan dan menyebut satu ayat yang cukup mengguris perasaan mereka, “Nak ambil gambar di sini, pergi balik hotel dan tukar baju dahulu.” 
Abam Supir dan penari-penari kebudayaan yang berasa terpukul dengan kenyataan tersebut tidak memahami akan garis panduan apakah yang gunakan pihak pengurusan Suria KLCC dalam menghalang seseorang dari memakai pakaian tradisional mereka.
Apa kebodohan guidelines management yang digunakan pakai pun tak tahu. Mereka cuma singgah bergambar di taman dan kolam sahaja. Diulang, hanya bergambar di taman atau kolam sahaja. Bukan hendak membuat persembahan di dalam Petronas. Tapi mereka dihalau seperti kucing kurap.” 

Disebabkan berang dengan tindakan tersebut, Abang Supir memilih untuk tularkan kejadian ini meskipun pengkongsiannya di Facebook sudah dipadam atas sebab-sebab tertentu.
Perkongsian di laman I Love KCH ini telah mendapat pelbagai respon netizen yang kebanyakannya melihat isu ini dari sudut rasisme kepada etnik yang pelbagai di Sarawak. Ada pula yang mengatakan, kemungkinan mereka ini dihalau pengawal warganegara asing yang tidak memahami budaya orang Sarawak. Ish, ish, ish!Fahami dan berbanggalah dengan perbezaan budaya dan keunikan di antara kita semua. Barulah kita boleh panggil Satu Malaysia!-Pen Merah Press.

Kredit: Lobak Merah

No comments

Powered by Blogger.