Header Ads

"Pemandu Tiba-Tiba Jatuh Pitam Ketika Memandu, 4 Murid Cedera Dalam Kemalangan"..

Pemandu Pitam, 4 Murid Cedera Nahas Ke Sekolah

BANGI – Empat murid lelaki tidak sempat menduduki peperiksaan pertengahan tahun apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas berhampiran Bandar Seri Putra, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa terdiri daripada empat pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, semuanya berusia dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun, dilaporkan cedera dengan dua daripadanya mengalami kecederaaan di bahagian kepala.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Fahmi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 1.18 tengah hari pada Selasa.
Mangsa kemalangan tersebut hanya dikenali sebagai Hasridz Zaim, 8, dan Faris Arshad, 9, manakala identiti dua lagi murid sekolah rendah terbabit tidak pula didedahkan.
“Kemalangan dipercayai berpunca akibat pemandu kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki empat murid sekolah itu dipercayai secara tiba-tiba jatuh pitam ketika memandu.

“Ia menyebabkan kenderaan tersebut merempuh pula sebatang pokok berhampiran dengan bulatan di sebuah taman perumahan di sini,” katanya.
Pemandu Pitam, 4 Murid Cedera Nahas Ke Sekolah
Menurut beliau, semua mangsa termasuk pemandu yang turut cedera telah pun dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Fahmi menambah kes nahas berkenaan kini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mengendalikan kenderaan. – 

Kredit:MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.