Header Ads

Pasangan Ini Sedang Menanti Anak Yang Ke-20 Dan Mungkin Terakhir..


London: Pasangan suami isteri, Noel dan Sue Radford, kini menanti kelahiran anak mereka yang ke-20 dan mengambil keputusan, anak yang akan dilahirkan September depan itu adalah yang terakhir.
Sue, 42 berkata, keputusan diambil kerana usianya yang semakin meningkat.

“Saya dapat merasakan keletihan ketika melahirkan dua anak terakhir sebelum ini. Selepas berbincang dengan Noel, kami mengambil keputusan untuk berhenti setakat 20,” katanya.
Selain itu, Sue yang melahirkan anak pertamanya ketika berusia 14 tahun 28 tahun lalu berkata, dia dan suaminya juga sudah buntu untuk memikirkan nama bagi anak mereka.
Sepanjang kehidupan mereka, pasangan itu yang menetap di Kendal, Cumbria membesarkan sendiri semua anak mereka.
Noel berkata, dia tidak pernah terlintas untuk menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana tidak mahu anaknya menjalani kehidupan yang sama yang dia dan Sue lalui - dibesarkan oleh keluarga angkat.

Sue berkata, jarak anak sulung dan anak keduanya ialah empat tahun, tetapi dia menghabiskan hampir 30 tahun lalu dengan mengandung atau menyusukan anak.
Untuk anak ke-20nya, Sue berkata, dia dapat mengagak ia lelaki kerana sejak mula mengandung, dia gemar memakan coklat.
“Itu tabiat saya jika saya hamil anak lelaki. Jika anak perempuan, saya suka makan benda masin atau pedas,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.