Header Ads

"Kulit Kepala Pekerja Kilang Plastik Tersiat Kerana Rambutnya Tersangkut Pada Alat Penggiling"..

A Chinese factory worker was scalped after getting her hair caught in a machine - but miraculously survived and has since had the top of her head sewn back on

Beijing: Seorang pekerja kilang plastik nyata panjang umur apabila terselamat walaupun kulit kepalanya tersiat selepas rambutnya tersangkut dalam mesin.
Dalam kejadian di Jinhua, wilayah Zhejiang, timur China itu, pekerja yang cuma dikenali sebagai Yang itu berkata, ketika kejadian dia membongkok untuk mengambil sesuatu apabila tiba-tiba rambutnya tersangkut pada alat penggiling menyebabkan kulit kepalanya tersiat.

Yang tidak pengsan, malah masih mampu berlari mendapatkan bantuan rakannya selepas kejadian itu.
Mereka terkejut melihat kepala Yang berlumuran darah dan terus mengeluarkan kulit kepala serta rambutnya dari mesin berkenaan yang diserahkan kepada paramedik yang tiba beberapa minit kemudian.
The plastics factory worker, identified only as Yang, said she was bending down to pick something up when rollers caught her hair and ripped off her scalp (pictured). Doctors have since been able to sew it back on
Yang dalam keadaan terkejut ketika dibawa ke hospital untuk pembedahan segera dan doktor mengambil masa lapan jam untuk menyambungkan semula kulit kepalanya.
Dr Li Bin berkata, pembedahan itu amat mencabar kerana kulit kepala Yang tersiat sepenuhnya dari bawah kening, telinga dan tengkuk.

“Dia mengalami trauma dan kehilangan banyak darah,” katanya.
Incredibly, the woman from Jinhua City in East China's Zhejiang Province remained conscious after the accident and ran to her colleagues for help
Dr Li turut mengingatkan pekerja kilang sentiasa mengikat rambut mereka dan menutup kepala untuk mengelak kejadian seumpama itu berlaku.-Pen Merah Press


Kredit: Daily Mail, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.