Header Ads

Keunikan Kanak-Kanak Si Mata Biru Curi Tumpuan Media Dan Netizen Di Beaufort..


Jarang-jarang kita lihat orang Malaysia mempunyai iris mata selain dari warna hitam dan coklat. Namun baru-baru ini tular gambar seorang budak lelaki yang mempunyai sepasang mata biru laksana air laut di Beaufort, Sabah.



Menurut Harian Metro, gelagat budak tersebut mencuri perhatian media ketika membuat liputan di Masjid Haji Akhbar Khan, Kampung Bingkul sempena kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke situ.
Kamarul Hisham Mustafa Kamal yang berusia sembilan tahun berkulit sawo matang dan berambut hitam lebat yang mana membuatkan dirinya kelihatan begitu menonjol dan berbeza dari kanak-kanak lain apabila dia memiliki sepasang mata biru.

Malah bukan Kamarul saja memiliki keunikan itu, ibunya, Rosdah Abdullah dan kakak sulungnya, Nurul Syafiqa, 17 juga mempunyai keistimewaan yang sama.
Ibunya memiliki warna mata yang berbeza pada kedua-dua belah mata iaitu sebelah berwarna biru dan sebelah lagi berwarna hitam.

–– ADVERTISEMENT ––

Manakala abangnya, Mohd Hafizudin memiliki biji mata berwarna hitam pekat, namun ia bukanlah penghalang bagi mereka berdua untuk bermain bersama-sama.
Jika di sekolah rakan selalu panggil saya ‘mata guli’ disebabkan mata saya yang berbeza warna daripada kawan yang lain, namun saya menganggap ia bukan penghalang bagi saya untuk bergaul sesama mereka.
Namun masih ada sesetengah dari rakannya yang cuba menakut-nakutkan Kamarul dengan mengatakan bahawa matanya akan menjadi buta kerana perbezaannya yang ketara dari rakan yang lain.Ada juga ketika, orang ramai termasuklah rakan di sekolah ingin menyungkil matanya kerana menganggap dia memakai kanta lekap.
Syukur saya dianugerahkan keistimewaan seumpama ini.”

“Tapi ada kawan yang mahu korek mata saya sebab mereka sangka saya memakai kanta lekap.”
Kamarul yang merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Mempagar, Beaufort ini dikatakan mewarisi keunikan itu daripada ibunya yang berdarah kacukan Melayu, Brunei dan Pakistan. Dia mula menyedari akan keunikan ini sejak dia berusia empat tahun.
“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga dan bercita- cita untuk menjadi bomba,” katanya lagi.
Dah remaja sikit nanti, mesti adik ni kacak kan? Silap-silap jadi model sambilan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan?-Pen Merah Press.

Kredit: Lobak Merah

No comments

Powered by Blogger.