Header Ads

Kejam! Wanita Ini Meninggal Dunia Selepas Dirogol Oleh Sekumpulan Lelaki Dan Kepala Dihentak Dengan Bata..


Disebabkan mengugut untuk memberitahu akan kejahatan sekumpulan lelaki yang telah merogolnya kepada pihak polis, wanita India ini telah dibunuh dengan kejam selepas tengkoraknya pecah dihentak bata.


Wanita malang yang berusia 23 tahun ini, telah dibawa oleh kumpulan lelaki tersebut menaiki kereta, yang mana salah seorang dari suspek dikenali mangsa dekat dengan kawasan rumahnya di Sonipat, berdekatan dengan bandar Rohtak, India.


Menurut Supritendan Polis, Ashwin Shenvi, dua lelaki telah ditangkap berkaitan kes ini di bandar Sonipat, manakala enam lagi sedang disiasat setelah ibu mangsa menuduh akan penglibatan mereka di dalam kes rogol dan bunuh ini.


Apabila dia kata kepada mereka yang dia akan mengadukan hal ini, mereka terus mengetuk kepalanya dengan batu bata.” 
“Cara mereka menzaliminya itu adalah sangat ngeri.” 
Malah menurut Shenvi, ibu mangsa sebelum ini sudah pun membuat aduan terhadap salah seorang yang tertuduh kerana memaksa anaknya untuk mengahwini lelaki tersebut. Walaupun begitu, perselisihan tersebut telah diselesaikan antara kedua belah pihak.

Sejak akhir-akhir ini, kes keganasan seksual terhadap wanita di India merupakan isu yang sangat sensitif berikutan kes rogol beramai-ramai terhadap seorang pelajar di dalam bas dekat New Delhi pada tahun 2012 lepas.
Kejadian tersebut telah membangkitkan protes di kalangan rakyat India akan keganasan terhadap wanita yang sudah berakar umbi dan kegagalan pihak berkuasa dalam melindungi wanita yang lemah.
Walaupun India telah menetap hukuman penjara yang berat buat pesalah rogol dan berjanji untuk membawa mereka yang didakwa melalui proses mahkamah yang lebih pantas, namun kes rogol, serangan asid dan keganasan rumah tangga masih juga berlaku.

Dalam purata 50 jenayah telah dilaporkan sehari oleh polis di Delhi dan ia melibatkan hampir empat kes rogol, menurut pegawai kanan kementerian dalam negeri.
Dalam menjadi seorang wanita, kita sentiasa harus berwaspada. Jangan terlalu berani dan jangan juga terlalu lemah dalam menangani sesuatu kejadian yang menimpa. -Pen Merah Press.


Kredit: Lobak Merah

No comments

Powered by Blogger.