Header Ads

Kejam! Orang Utan Dikurung Dalam ‘Kotak’ Sekecil Satu Meter Persegi Selama 2 Tahun, Akhirnya Diselamatkan..


Makin lama manusia menjadi semakin kejam. Adakalanya kita lihat bahawa haiwan lebih mempunyai perasaan dan kasih sayang sesama mereka.

Manusia dilihat semakin kurang perasaan belas kasihan dan berperikemanusiaan. Mana taknya, saban hari ada sahaja kes penderaan haiwan kita dengar. Yang jadi mangsa, haiwan yang tidak bersalah.

Seperti seekor orang utan ini yang menjadi mangsa apabila dikurung dan dipaksa tinggal di dalam sebuah ‘kotak’ bersaiz satu meter persegi di Borneo.
Lebih teruk dan menyedihkan lagi, orang utan yang diberi nama Kotap itu dipaksa tinggal di dalam kotak tersebut sejak 2 tahun lalu!
Kotap baru berumur 4 tahun namun separuh hidupnya terpaksa mengalami penderitaan apabila dilayan sebegitu rupa. 


Kotap hanya diberi makan seperti mana makanan diet manusia biasa termasuklah roti dan beras.
Dia ditinggalkan di dalam gelap dan tidak diberikan apa yang diperlukan oleh orang utan untuk terus hidup di dalam hutan. Seperti manusia yang berusia 4 tahun, Kotap juga memerlukan ibu disampingnya namun dia hanya hidup bersendirian dan dalam kesedihan serta tidak boleh hidup seperti orang utan yang biasa dilihat di dalam hutan.
Seorang lelaki bernama Baco memberitahu bahawa Kotap diberikan kepadanya oleh beberapa orang yang dijumpainya di sebuah kampung di Ketapang. Baco menjumpainya di dalam sebuah kotak ketika masih kecil dan mengambil Kotap pulang untuk menjaganya.
Bagaimanapun, Baco membina ‘sangkar’ kecil buat Kotap di hadapan rumahnya kerana risau jika haiwan itu akan menganggu jiran tetangganya. Ini menyeksa namanya…
Namun, 3 May lalu hidup Kotap berubah sepenuhnya apabila dia diselamatkan oleh Pasukan Penyelamat Haiwan Indonesia. Menurut pasukan itu, mereka pernah melawat Baco di rumahnya di Kampung Rabak. Mereka telah mencuba sedaya upaya untuk memujuknya supaya menyerahkan Kotap kepada pasukan itu.
Baco bagaimanapun enggan berbuat demikian namun, mereka tidak pernah berhenti mencuba memujuknya. Mereka menerangkan kepadanya tentang nasib orang utan di Borneo. Baco akhirnya berjaya diyakinkan bahawa dia perlu bertindak demi kepentingan haiwan tersebut dan bersetuju menyerahkan Kotap kepada pasukan itu.
Ketika membuka pintu sangkar Kotap, seorang doktor veterinar bernama Uwi menghulurkan tangan dan Kotap dilihat takut sebelum lari ke bahagian belakang sangkar berkenaan. Mesti dia trauma 🙁
Menurut Uwi,"Kotap sangat tertekan melihat orang yang tidak dikenali berkumpul untuk mengeluarkannya dari kotak itu. Dia menjadi berdebar dan bertindak agresif.”

Disebabkan itu, sepanjang perjalanan membawanya ke pusat pemuliharaan, Kotap diletakkan berjauhan daripada orang supaya dia kekal tenang.
Kini, Kotap tidak lagi perlu hidup di dalam kegelapan, ketakutan dan kemurungan. Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Penyelamat Haiwan Indonesia!-Pen Merah Press.

Kredit: Lobak Merah

No comments

Powered by Blogger.