Header Ads

"Kalau Beli Kurma, Mohon Bersihkan Dulu Buah Tu, Takut Terjumpa Telur Lipas Macam Yang Dialami Wanita Ni"


Tular di Facebook, gambar buah kurma mengandungi anak lipas membuatkan netizen terkejut. Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Siti Norbaya Sabaran itu mendakwa, hampir setiap kali dia menemui anak-anak lipas dalam buah kurma. 




"Nak bulan puasa ini, pasti ramai yang membeli kurma. Tak kiralah bulan puasa atau tidak, ramai yang beli kurma. Tetapi di sini, kalau korang semua beli kurma, tolong kopek dulu buah kurma itu.

No automatic alt text available.

"Ada biji atau tak ada, kopek saja dulu. Tengok bahagian dalam buah kurma itu. Setiap kali beli kurma, mesti ada anak lipas di dalamnya. Tak kiralah buah kurma mahal ke, murah ke, beli di pasar malam ke, beli di shopping mall ke. 


No automatic alt text available.

"Perkara ini bukan sekali saja terjadi, hampir setiap kali bila beli kurma. Kalau kopek, mesti ada lipas di dalamnya. Bukan sebiji, dua biji. Mesti confirm berbiji-biji. 


"Saya hanya sampaikan pesanan saja sebab tak nak tengok korang pun makan lupas juga. Lagi sedap makan nasi dari makan lipas," katanya. 

Image may contain: food

Tak kiralah apa jenama sekalipun, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati bila membeli buah kurma. -Pen Merah Press.

No comments

Powered by Blogger.