Header Ads

Jom Buat Sendiri Krim Pencerah Kulit Di Rumah Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Di Dapur.Yang Pasti Bebas Dan Selamat Dari Bahan Kimia,


Untuk mempunyai kulit muka yang putih, bersih serta bebas noda tidak seharusnya kita mengeluarkan modal yang banyak lebih lebih lagi untuk produk dipasaran yang mengandungi bahan kimia.



Hanya guna bahan bahan ini sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 biji sengkuang saiz sedang
  • 2-3 sudu makan air lemon
  • 1 sudu makan madu / minyak zaitun
  • 1 gelas air 


Langkah membuatnya:

1. Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah mengental. 

2. Kemudian, saring dan perah dengan saringan seperti santan kelapa untuk memasak. Lalu diamkan selama semalam agar ekstrak sengkuang mendap.


3. Pada esok harinya, buang air yang ada di atasnya dan ambillah mendapan atau ekstrak sengkuangnya. Kemudian, Masukkan air lemon dan madu, kacau sehingga tercampur sebati dan jadi krim.

4. Gunakan krim itu untuk jadikan sebagai krim pelembab muka anda seharian, pakai secara teratur serta teratur 2 kali sehari. Dalam 1 minggu, anda bakal mendapat kulit putih, bersih dan halus.-Pen Merah Press.



Kredit: Abang Terlajak Laris

No comments

Powered by Blogger.