Header Ads

Inilah Kutu Yang Kerap Buat Anda Rasa Gatal Pada Wajah Anda..



iluminasi demodex kutu wajah8

Menurut kajian, hampir 2/3 daripada mereka yang berusia 40 tahun, 1/2 orang dewasa dan 1/3 kanak-kanak mungkin mempunyai hidupan ini diwajah mereka. Inilah haiwan halus sebesar 0.4mm purata bernama kutu Demodex, yang tinggal di dalam kulit kita.


Walaupun sebenarnya terdapat 65 spesis Demodex, hanya ada dua jenis kutu Demodex saja yang menjadikan tubuh manusia sebagai rumah. Demodex folliculorum dan Demodex Brevis. 


D.Folliculorum tinggal di dalam liang rambut sementara D.brevis tinggal di dalam liang yang di dalam kulit yang menghasilkan minyak sebum (sebacous gland) yang diperlukan untuk melembapkan kulit dan rambut. Selalunya, mereka menjadikan wajah, hidung, bulu mata dan kening sebagai rumah tetapi boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian lain.





D.brevis selalunya bersaiz lebih kecil dan kedua-duanya mempunyai badan yang semi-lutsinar. Oleh kerana tidak gemarkan cahaya, kutu-kutu ini hanya akan keluar ketika malam dan akan berjalan di wajah kita dengan kelajuan 8-16 cm satu jam. 

Mereka hidup dengan memakan sel kulit kita dan juga minyak yang dihasilkan oleh kulit.


Apa simptom jangkitan Demodex?

Jika kita kerap mengalami simptom-simptom jangkitan Demodex, berikut adalah tanda-tandanya; kerap gatal di bahagian wajah, rasa seperti terbakar, rasa ada benda merayap, penglihatan kuranbg jelas, kulit kering merekah dan tompok merah pada kelopak mata.


Selain itu jika terdapat terlalu banyak kutu yang hidup di bahagian bulu mata, peluang untuk mengalami keguguran bulu mata secara kerap menjadi lebih tinggi.

Jerawat pada wajah juga antara salah satu tanda kerana menurut kajian pada tahun 2012, penghasilan minyak kulit atau sebum yang tinggi, yang menyebabkan jerawat pada muka meningkatkan peratusan jangkitan kutu demodex pada wajah kita.


Jangkitan demodex dalam kuantiti sedikit sepatutnya tidak menjadi masalah tetapi apabila tidak dikawal, ia akan menyebabkan penyakit blepharitis iaitu sejenis penyakit kemerahan pada kelopak mata dan rosacea, sejenis penyakit kemerahan pada kulit di bahagian wajah.

Apa penyebab jangkitan Demodex?




Faktor utama jangkitan kutu Demodex adalah tahap kebersihan seseorang. Selalulah membersihkan bahagian mata dan sekitarnya untuk mengurangkan kadar kutu yang membiak. Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak juga mungkin akan mempunyai masalah ini kerana kutu ini memang mencari kulit yang banyak minyaknya. Jadi, cuci muka bersih-bersih.

Bagi kaum wanita pula, penggunaan maskara dan alat solek mampu meningkatkan jumlah kutu Demodex yang ada. Jadi, sebelum tidur, pastikan wajah dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.


Kutu Demodex ini boleh berpindah-pindah melalui sentuhan kulit dan rambut di antara dua individu. Jika pasangan anda atau anak-anak anda didapati mempunyai jangkitan ini, besar kemungkinan anda pun turut sama ada.

Apa berlaku pada Demodex jika mereka mati?




Demodex hidup dengan memakan sel kulit dan sebum tetapi mereka tidak mempunyai sistem perkumuhan, walaupun begitu mereka mampu membiak.

Sepanjang hayat mereka, semua benda yang dimakan akan disimpan didalam badan mereka sehinggalah pada satu detik badan mereka terlalu besar dan meletup, lalu membebaskan semua isi perut mereka. 


Isi perut ini akan melekat pada wajah kita mengandungi bakteria yang mampu menyebabkan wujud tompok-tompok merah pada kulit atau jika jangkitan terlalu banyak, akan menyebabkan penyakit kulit.


Pelakon wanita terkenal Hollywood iaitu Cameron Diaz (The Mask, Charlie's Angels) dilaporkan sebagai salah seorang penghidap jangkitan kutu Dermodex yang mampu menyebabkan alahan ini. Jika dilihat wajah beliau tanpa solekan, ada banyak bintik-bintik merah di wajah beliau.-Pen Merah Press.


Kredit: Iluminasi.com

No comments

Powered by Blogger.