Header Ads

Inilah 10 Tanda Awal Kanser Pangkal Rahim Atau Kanser Serviks Yang Anda Perlu Ambil Tahu!


Kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser serviks adalah salah satu kanser yang cukup dikenali dalam kalangan wanita di seluruh dunia. 

Ia berlaku dalam sel-sel pangkal rahim iaitu di bahagian bawah rahim yang bersambung dengan faraj. 


Persatuan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira-kira 12,900 kes baru kanser serviks akan didiagnosis dan kira-kira 4,100 wanita akan mati akibat penyakit ini pada tahun 2015. 

Jom kenali 10 tanda awal kanser serviks.

1. Berlaku pendarahan secara tidak normal pada faraj. 
Pendarahan boleh berlaku di antara tempoh haid, selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik. Pergi berjumpa dengan  doktor  jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu tindakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah mula wujud dalam diri anda.


2. Faraj mengeluarkan suatu cecair yang luar biasa.
Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor anda dengan segera sebelum ianya terlambat.

3. Berasa sakit semasa melakukan hubungan seks
Gejala ini menunjukkan kanser serviks yang lebih berkembang, dimana kanser tersebut telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ-organ pembiakan. Selain daripada rasa sakit, anda juga mungkin mengalami gejala-gejala lain, seperti suatu ketebalan di dalam faraj atau keputihan yang berbau busuk.

4. Kesakitan pada pelvis
Jika anda mengalami kanser pangkal rahim, anda mungkin mengalami sakit pelvis pada masa-masa yang luar biasa, dan rasa sakit yang mungkin bermula secara tiba-tiba pada bila-bila masa dalam bulan-bulan tertentu. Di samping itu, kesakitan tersebut biasanya tidak berlaku melainkan jika kanser berada dalam peringkat yang seterusnya, iaitu dimana kanser tersebut telah mula lebih berkembang. Jika anda mempunyai pengalaman berasa sakit pada pelvis atau merasakan suatu tekanan, anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mencegah kemungkinan kanser serviks daripada berlaku.


5. Ketidakselesaan semasa membuang air kecil

Kanser serviks juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa ketika membuang air kecil. Malah, ia adalah salah satu daripada tanda-tanda yang paling jelas dan ketara bahawa penyakit ini boleh membawa maut. Ketidakselesaan membuang air kecil termasuk rasa seperti terbakar, rasa pedih atau sensasi yang ketat ketika membuang air kecil. Gejala seperti ini berlaku apabila kanser telah merebak ke tisu berdekatan. Hal ini memerlukan perhatian segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Walau bagaimanapun, ketidakselesaan semasa membuang air kecil juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab lain, seperti jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing, jangkitan yis atau penyakit kelamin (STD). Pastikan anda sentiasa diperiksa oleh doktor samada didiagnosis atau terus mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

6. Tempoh haid yang lebih lama dan berat
Tempoh haid yang lebih berat dan lebih lama daripada biasa adalah satu lagi tanda-tanda awal kanser serviks. Sebagai contoh, kerengsaan serviks mungkin disebabkan oleh penyebaran kanser pangkal rahim dan menjadi antara kaitan utama dalam masalah ini. Pendarahan dianggap berat jika anda perlu menukar tuala wanita atau tampon lebih kerap daripada sekali dalam tempoh setiap 2 jam.

7. Kehilangan kawalan pada pundi kencing
Kehilangan kawalan pada pundi kencing adalah masalah utama apabila seseorang itu menghidap kanser serviks. Ia biasanya menunjukkan bahawa kanser tersebut telah merebak di luar kawasan setempat dan memberi kesan kepada pundi kencing atau bahagian-bahagian lain saluran kencing. Orang yang telah didiagnosis dan disahkan menghidap kanser ini sering mengalami masalah kehilangan kawalan pundi kencing ditambah pula dengan darah dalam air kencing.

8. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan juga boleh dikaitkan dengan kanser serviks. Apabila menderita suatu kanser, sistem imun dalam badan bekerja kuat untuk melawannya. Badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali cytokines yang memecahkan lemak pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa. Hal ini membawa kepada penurunan berat badan, tanpa mengira diet anda.

9. Keletihan yang berterusan
Apabila seseorang menderita kanser, sel darah merah akan digantikan dengan sel-sel darah putih untuk melawan penyakit ini. Ini menyebabkan anemia, yang membawa kepada keletihan, kekurangan tenaga dan hilangnya selera makan. 


10. Sakit kaki
Wanita yang didiagnosis dan disahkan menghidapi kanser pangkal rahim sering mengalami bengkak dan sakit pada kaki mereka. Apabila kanser mula merebak, ia akan menghalang aliran darah, yang menyebabkan bengkak pada kaki. Kaki bengkak sering membuatkan anda sakit, rasa sakit sehingga sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian anda scara normal.

Apabila dikaitkan dengan kanser serviks, kesakitan tersebut mula cenderung untuk berterusan dan meningkatkan intensiti dari masa ke masa. Pada seketika waktu, anda mungkin juga mula mendapat sakit belakang.-Pen Merah Press.


No comments

Powered by Blogger.