Header Ads

Hikmah Yang Perlu Diketahui Disebalik Seorang Wanita Itu Keguguran, Anak Sikit, Beranak Czer, Tiada Zuriat Atau Anak Sedikit Atau Ramai..




Tak pernah beranak .. "Mandul!"


Gugur kali ke 3 .. "Rahim lembik!"
Czer kali ke 3 .. "Rahim cacat!"
Anak sorang .."Tak subur!"
Beranak anak ke 5 .. "Gelojoh!"



Jadi perempuan,

Semua berlaku pada kita dipertikaikan, lebih-lebih lagi bab anak-anak, everyone is having their own struggles in life, jadi jangan ditambah dengan kata2 kurang simpati.





Wanita yang tiada anak, janganlah ditangisi.


Kamu bukan mandul, tetapi kamu istimewa kerana Allah mahukan masa kamu untuk Dia sepenuhnya.



Wanita yang keguguran janganlah ditangisi, 

Tidak semua anak-anak di muka bumi ini yang lahir Islam dapat mati dalam iman. Tetapi Allah dah jaga keIslaman anak-anak kalian, sebagai pasakan pasti seorang anak syurga milik kami di sana kelak.


Wanita yang bersalin czer jangan ditangisi, 

Jika zaman dahulu dengan komplikasi yang kita hadapi kemungkinan anak-anak kita sudah meninggal dalam perut, tetapi dengan kurniaan teknologi, anak-anak kita selamat. Jadi kitalah wira yang sanggup dilapah demi menyelamatkan anak-anak dan bukan sekadar melahirkan.




Wanita yang tak ramai anak janganlah disesalkan. 

Anak yang satu sudah mencukupi dari mana2 berlian di dunia, yang satu mampu mencukupi jika dijaga kualiti didikan Islamnya. Lihatlah pada Rasulullah s.a.w, si anak tunggal



Kepada ibu beranak ramai, janganlah dikeluhkan.

Zuriat yang ramai itulah bekal kita di alam barzakh kelak



"Doa anak yang soleh"



Susah anda hanya di dunia, tetapi mewah anda di sana.


Kepada semua wanita di luar sana.



Stand up, Stand out, be proud of who you are.

Ada anak atau tidak, normal atau czer, ramai atau tidak, belajar mensyukuri nikmat yang ada, belajar untuk abaikan kata-kata mereka.


Mengapa perlu bersedih dengan kata-kata durjana, sedangkan banyak rahmat Allah terbentang dihadapan mata yang kita boleh syukuri.


-Pen Merah Press






No comments

Powered by Blogger.