Header Ads

Doktor Britain Memberi Amaran Kepada Peminat Sushi Selepas Menemui Larva Parasit Dalam Perut Seorang Lelaki Kerana Makan Sushi..




LISBON - BRITAIN. Para doktor yang menulis British Medical Journal Case Reports mengatakan jangkitan parasit yang semakin meningkat berkait rapat dengan makanan sushi.




Menurut laporan BBC, doktor berjaya menemui seekor larva parasit ditemui dalam perut seorang lelaki berusia 32 tahun di Lisbon.



Sebelum parasit tersebut ditemui, lelaki berkenaan menderita sakit perut, muntah-muntah dan demam selama seminggu.


Britain beri amaran kepada peminat sushi
Doktor berjaya menemui seekor larva parasit ditemui dalam perut seorang lelaki.‎ - Foto BBC

Mangsa mengatakan dia sebelum itu memakan sushi dan doktor mengesahkan mangsa dijangkiti parasis anisakiasis (cacing). Jangkitan anisakiasis selalunya berlaku apabila ikan atau sotong dimakan secara mentah.



Laporan doktor juga menyebut jangkitan anisakiasis selalunya berlaku di Jepun yang sinonim dengan makan sushi.


"Tetapi, ia (jangkitan anisakiasis) semakin meningkat di negara Barat," kata doktor.


Agensi, NHS Choices mengatakan ikan atlantic salmon yang ditangkap di laut atau sungai di Britain juga berisiko mengandungi parasit sama.



Orang ramai dinasihatkan supaya membuang isi perut ikan, bekukan ia sekurang-kurangnya empat hari dan dimasak sebelum dimakan.-Pen Merah Press.


Kredit: Sinar Harian


No comments

Powered by Blogger.